Lelaki hina TMJ di instagram ditahan

Lelaki hina TMJ di instagram ditahan

Polis Johor menahan seorang lelaki di Ayer Hitam, Johor semalam berhubung penghinaan di laman Instagram terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lelaki berusia 31 tahun ditahan di rumahnya berikutan 10 laporan polis yang dibuat semalam berhubung video dimuatnaik suspek dalam laman Instagram atas nama amirul_naito.

“Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah D9 Iskandar Puteri dibantu oleh sepasukan anggota Balai Polis Ayer Hitam, Batu Pahat kemudiannya bertindak menangkap suspek di rumahnya pada 9.30 malam tadi.

“Suspek mempunyai rekod jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ayob Khan berkata, suspek direman empat hari sehingga Khamis bagi membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Saya seru semua agar gunakan media sosial dengan sebaiknya dan tidak menggunakan dengan perkara-perkara yang memudaratkan dan boleh mendatangkan ketegangan pada masyarakat,” katanya. FMT

Lelaki hina TMJ di instagram ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker