PAS Selangor nafi arah bela PN dalam Facebook Najib

PAS Selangor nafi arah bela PN dalam Facebook Najib

PAS Selangor hari ini menafikan mereka memberi arahan supaya ahli parti yang memiliki akaun Facebook mengundi mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui undian yang dijalankan di laman sosial Najib Razak.

Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahrir Mohd Shahir, ketika dihubungi mengesahkan parti itu tidak mengeluarkan sebarang arahan seperti mesej yang tular di media sosial.

“PAS Selangor tak pernah keluar arahan,” katanya ringkas ketika dihubungi Malaysiakini.

Terdahulu tular satu tangkap layar di media sosial kononnya arahan daripada Penerangan PAS Selangor supaya ahli parti itu masuk beramai-ramai ke ke Facebook Najib dan memberi undi yang memihak kepada PN.

Undian itu dimuat naik Najib petang semalam. Soalan yang dikemukakan bekas perdana menteri itu ialah: Adakah kerajaan PN gagal mengurus Covid-19 dan gagal mengurus kesejahteraan hidup rakyat?

Hanya dua pilihan yang sediakakan iaitu “gagal” atau tak gagal”.

Tangkap layar yang dilihat Malaysiakini turut disertakan pautan Facebook Najib.

Setakat berita ini ditulis lebih 262,000 undian direkodkan. Daripada jumlah itu 78 peratus berpendapat PN gagal menguruskan Covid-19 dan kesejahteraan rakyat berbanding hanya 22 peratus memilih kerajaan “tak gagal.”

Undian itu dijadual berakhir Jumaat ini. Mk

PAS Selangor nafi arah bela PN dalam Facebook Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker