Azeem semakin hampiri sub-10s

PERKEMBANGAN prestasi jaguh pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi di bumi Amerika Syarikat (AS) kini mula memperlihatkan hasil yang positif.

Ia berdasarkan catatan masa 100 meter (m) terbaharu Azeem yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-19 kelmarin, iaitu 10.14 saat (s) pada East Coast Relays 2023 di Jacksonville, Florida awal pagi semalam.

Lebih menarik, Azeem berjaya menamatkan saringannya di tempat ketiga di belakang Cejhae Greene mewakili Puma menerusi catatan 10.01s dan jaguh China, Xie Xhenye dari Tumbleweed Track Club dengan masa 10.06s.



Secara keseluruhan, Azeem yang mewakili Universiti Auburn, meraih tempat keenam daripada 10 saringan di belakang Greene, Xhenye, Yan Haibin (10.11s), Dominique Alexander (10.11s) dan Cole Beck (10.14s).

“Alhamdulillah syukur walaupun catatan ini sepatutnya boleh lebih pantas, tetapi saya kekejangan otot pada 30m terakhir. Sub-10s (catatan bawah 10s) sudah tak jauh,” kata Azeem ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Biarpun menerima bantuan angin 2.9 meter per saat (m/s), tetapi prestasinya semakin menghampiri catatan terbaiknya yang juga rekod 100m kebangsaan, 10.09s yang dilakukannya pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 di Cali, Colombia.

Ia sekali gus memberi gambaran Azeem mampu mencabar pingat apabila turun menghadapi Sukan Asia di Hangzhou, China pada September depan.



Ia berdasarkan potensi atlet dari Teluk Intan, Perak itu dijangka mampu merakam masa lebih pantas memandangkan saingan East Coast Relays adalah perlumbaan 100m keduanya dalam tahun ini.

Perlumbaan pertama menyaksikan Azeem mencipta masa 10.32s ketika menjuarai saingan FSU Relays di Tallahassee, Florida pada 24 Mac lalu.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?



Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker