Legenda Badminton Chong Wei ‘Tabik Hormat’ Skuad Badminton Berjaya Rampas Emas Di Birmingham



Legenda Badminton Chong Wei ‘Tabik Hormat’ Skuad Badminton Berjaya Rampas Emas Di Birmingham

Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei kagum dan amat menghormati semangat juang skuad badminton kebangsaan yang berjaya mengatasi India untuk merampas pingat emas acara berpasukan campuran pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Bekas pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia dan pemenang pingat perak pada tiga temasya Sukan Olimpik itu berkata skuad kebangsaan seakan mendapat nafas baharu apabila tampil dengan persembahan memukau pada aksi final yang berlangsung awal pagi tadi waktu Malaysia.

“Bagus cara permainan semua pemain dan ia permulaan yang baik untuk pasukan muda sebab empat tahun lepas kita kalah dengan India. Kali ini bila menang memang saya rakyat Malaysia yang berbangga terutama apabila ini (Sukan Komanwel) merupakan temasya sukan kedua terbesar selepas Sukan Olimpik.

“Ia (juga) luar biasa apabila kita dapat membawa pulang emas ketika mewakili negara dalam temasya sukan, dapat menyaksikan Jalur Gemilang dan lagu Negaraku berkumandang di bumi Birmingham,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.




Pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia, skuad kebangsaan yang turut dibarisi Chong Wei terpaksa menerima kekalahan perit 1-3 kepada India yang menyaksikan emas bertukar tangan selepas Malaysia berjaya mempertahankan gelaran acara tersebut dalam tiga edisi berturut-turut bermula 2006.

Mengulas lanjut, Chong Wei berkata pemilihan Ng Tze Yong sebagai pemain perseorangan lelaki utama negara menggantikan Lee Zii Jia di Birmingham adalah keputusan yang tepat apabila beliau berjaya membalas kepercayaan itu dengan mempamerkan aksi bermutu tinggi.

“Permainan Tze Yong memang agresif semalam sebab nak menang dengan bekas pemain nombor satu dunia Kidambi Srikanth bukan mudah… jadi dia kena gunakan pengalaman ini untuk terus fokus bagi kejohanan lain.

“Tetapi peminat perlu bagi ruang sebab dia bukan robot yang sentiasa akan menang. Semua kena faham pemain badminton akan lebih matang apabila sudah melalui proses masa dan langkah demi langkah apabila menyertai kejohanan,” katanya.

Pada aksi final itu, Tze Yong yang menduduki ranking ke-42 dunia turun dengan semangat juang tinggi selepas mengejutkan Srikanth 21-19, 6-21, 21-16 sekali gus menyumbang mata kedua negara.




Pada masa sama, Chong Wei turut berkata aksi mantap pemain perseorangan wanita Goh Jin Wei turut perlu dipuji apabila mengerah sepenuh kudrat untuk negara walaupun akhirnya ditundukkan bekas juara dunia Pusarla V. Sidhu, 22-20, 21-17.

Awal hari ini pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terdahulu membantu Malaysia bermula langkah kanan dengan mengutip mata pertama selepas menumpaskan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 21-18, 21-15 dalam beregu lelaki.

Pearly Tan mengetepikan sakit di buku lali untuk menghadiahkan mata kemenangan negara bersama M. Thinaah selepas menumpaskan Treesa Jolly-Gayatri Puella 21-18, 21-17 dalam saingan beregu wanita.

Pencapaian dilakar skuad badminton negara itu menyaksikan Malaysia kini muncul negara terbanyak memenangi emas acara berpasukan campuran pada temasya sukan empat tahun sekali itu iaitu pada edisi Melbourne 2006, New Delhi 2010 dan Glasgow 2014.– BERNAMA

Legenda Badminton Chong Wei ‘Tabik Hormat’ Skuad Badminton Berjaya Rampas Emas Di Birmingham




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini

“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…

Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok



Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: