Upin Ipin menang lagi di Indonesia

Upin Ipin menang lagi di Indonesia

Siri animasi tempatan, Upin & Ipin memenangi kategori Program Animasi Asing menerusi Anugerah Penyiaran Ramah Anak (APRA) 2021 di Jakarta, Indonesia pada 27 November lalu.

Ia adalah kemenangan kali kedua berturut-turut bagi animasi Upin & Ipin selepas merangkul kategori sama, tahun lalu.

Pengarah Kandungan Kreatif Les’Copaque Production Sdn Bhd, Nur Naquyah Burhanuddin berkata, ini adalah satu satu pencapaian yang membanggakan apabila Upin Ipin berjaya mengalahkan program animasi dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).

“Ini membuktikan Upin & Ipin berjaya memartabatkan animasi tempatan ke peringkat antarabangsa.

“Jadi, tekaan sesetengah pihak yang beranggapan Upin & Ipin hanya jaguh kampung meleset sama sekali.

“Upin & Ipin sudah sampai ke Indonesia dan berjaya membawa pulang trofi, mengalahkan animasi dari Korea Selatan, AS dan lain-lain negara.

“Bukan sekali, tetapi dua kali berturut-turut. Jadi, benarlah Upin & Ipin adalah siri animasi kesayangan Indonesia,” katanya kepada BH Online.

APRA 2021 dianjurkan Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) yang memberi anugerah kepada program televisyen (TV) di Indonesia.

Naquyah berkat, siri Upin & Ipin yang ditayangkan menerusi stesen MNCTV sejak 2010 adalah program animasi paling digemari.

“Ia dimainkan selama lima jam dalam sehari di stesen MNCTV dan memperoleh rating sangat tinggi.

“Tidak hanya itu, Upin & Ipin ditayangkan menerusi platform Disney+ Hotstar, animasi ini menduduki tangga kedua dalam kelompok animasi. Ia sekali gus membuktikan Upin & Ipin adalah siri animasi ditonton ramai,” katanya.

Kata Naquyah, Upin & Ipin akan tampil dengan musim ke-16, tahun hadapan.

“Setiap tahun kami akan menghasilkan 42 episod untuk setiap musim.

“Namun, tiada perancangan buat filem Upin & Ipin, sebaliknya, perancangan ke arah menghasilkan filem Puteri dan Dongeng Sang Kancil,” katanya. BH

Upin Ipin menang lagi di Indonesia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mental jangan koyak – TMJ (Video)

‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker