Penjawat awam perlu pertahan kerajaan daripada dakwaan fitnah – Ismail

Penjawat awam perlu pertahan kerajaan daripada dakwaan fitnah – Ismail

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penjawat awam wajar mempertahankan kerajaan daripada pelbagai dakwaan dan fitnah kononnya pentadbirannya gagal.

Beliau berkata, kerajaan pimpinannya adalah kerajaan bersama yang menekankan konsep Keluarga Malaysia dan kakitangan awam perlu turut membantunya ke arah kejayaan negara dengan melihat beliau sebagai ketua kerajaan dan bukannya mempertahankan parti politik.



Katanya, pencapaian cemerlang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang merekodkan pertumbuhan 8.9 peratus pada suku kedua tahun ini, selain mewujudkan pekerjaan mencecah 400,000 serta prestasi nilai dagangan melepasi RM2 trilion antara kejayaan dikecapi kerajaan.

“Apabila tuan puan mempertahankan kerajaan, tuan puan tidak berpolitik. Jangan lihat saya sebagai pemimpin politik, tetapi sebagai ketua kerajaan dan tuan puanlah anggota kerajaan.

“Kerajaan ini adalah kerajaan bersama, sebab itu saya perkenalkan konsep Keluarga Malaysian sebab saya nak kita bersama anggap kerajaan ini sebagai satu keluarga,” katanya pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

Perjumpaan itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. BH



Penjawat awam perlu pertahan kerajaan daripada dakwaan fitnah – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)



Resepi Roti Boy Aroma Kopi Lemak Manis

Kereta F1 Ferrari dikesan diatas jalan raya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker