SpaceX: NASA hantar 4 lagi angkasawan ke orbit

ISTANBUL – Empat anggota kru antarabangsa kini berada di orbit susulan kejayaan pelancaran ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Sabtu.

Pelancaran berlangsung pada jam 3.27 pagi EDT (0727GMT) dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan agensi angkasa lepas Amerika Syarikat, NASA.

NASA berkata, misi SpaceX Crew-7 NASA itu merupakan misi penggiliran kru komersial ketujuh ke Stesen Angkasa Antarabangsa.



Roket SpaceX Falcon 9 mogul teknologi Elon Musk melancarkan kapal angkasa Dragon ke orbit membawa seorang angkasawan NASA bersama angkasawan Agensi Angkasa Eropah, angkasawan Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun dan angkasawan Rusia untuk ekspedisi sains di makmal orbit.

“Kru akan menjalankan lebih daripada 200 eksperimen sains dan demonstrasi teknologi untuk mempersiap misi ke Bulan, Marikh dan seterusnya,” kata Pentadbir NASA Bill Nelson.

Menurut kenyataan itu, kapal angkasa Dragon – Endurance – akan mendarat secara autonomi di stesen yang menghadap ke angkasa pada 8.39 pagi (1239GMT) Ahad.

Kru Endurance akan menyertai kru Expedition 69 angkasawan NASA dan angkasawan Roscosmos di stesen angkasa, katanya.



Menurut NASA, dengan ketibaan SpaceX Crew-7, bilangan anak kapal di ISS akan meningkat kepada 11 orang sehingga anggota Crew-6 puLang dalam tempoh beberapa hari. – Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah

Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah



Berzina dengan ibu kandung

Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker