Zul Ariffin tak ada hal berlakon dengan influencer

"Apa Yang Buat Anda Fikir Saya Suka Dukung Heroin?" - Zul Ariffin

Zul Ariffin tak ada hal berlakon dengan influencer

KEWUJUDAN pelakon baharu dalam kalangan personaliti media sosial nyata tidak memberi masalah buat aktor Zul Ariffin.

Malah menurut pelakon Love, Elsa itu, dia tidak kisah sekiranya digandingkan dengan personaliti media sosial atau influencer untuk projek akan datang.



Katanya, setiap pendatang baharu seharusnya diberikan peluang untuk terokai bidang lakonan yang ditawarkan sebagai pembuka jalan.

“Saya tak ada masalah jika digandingkan dengan influencer atau Instafamous. Jika anda perasan, ramai antara mereka ialah wanita.

“Saya tak perlu nak menghakimi cara mereka bekerja walaupun ia merupakan pengalaman pertama masuk set penggambaran.

“Bagi saya, tiada pelakon yang baharu berlakon satu atau dua projek, terus berada di puncak. Mereka perlu diberi ruang untuk bekerjasama kerana saya percaya mereka masih muda dan bertenaga untuk mencari ilmu.



“Jika saya digandingkan dengan mereka, saya sentiasa nak berikan pengalaman terbaik untuk pasangan dalam sesebuah naskhah,” katanya kepada URTV. Utv

Zul Ariffin tak ada hal berlakon dengan influencer


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




PKPD untuk siapa sebenarnya? – Che Ta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker