Pekebun durian direman, kompleks mahkamah kecoh

Pekebun durian direman, kompleks mahkamah kecoh

RAUB – Proses permohonan reman 18 pekebun durian Musang King di Kompleks Mahkamah Raub hari ini kecoh selepas berlaku pertengkaran antara pihak berkuasa dan beberapa pemimpin politik.

Pertengkaran mula hangat selepas seorang anggota polis meminta orang ramai termasuk pemimpin politik keluar daripada kawasan mahkamah selepas individu direman dibawa ke balai polis.

Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Ronnie Liu Tian Khiew dan Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack dilihat tidak berpuas hati sehingga berlaku sedikit provokasi terhadap anggota polis yang memberikan arahan supaya keluar dari kawasan itu.

Dalam pada itu Mahkamah Majistret Raub membenarkan 18 pekebun durian Musang King direman dua hari sehingga eso untuk siasatan lanjut.

Kesemua mereka ditahan pada semalam selepas melakukan beberapa provokasi terhadap kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) ketika operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub. K Online

Seramai 18 individu dipercayai pekebun haram durian musang king ditahan selepas melakukan provokasi ketika operasi penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di sini pada Ahad.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan jabatan itu, penahanan dilakukan berikutan mereka memasuki kawasan hutan simpan kekal tanpa kebenaran dan telah membuat provokasi yang melampau kepada anggota jabatan terbabit.

Menurut kenyataan itu, operasi memusnahkan kebun haram durian di Raub dengan agensi kerajaan negeri mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tertumpu di sekitar kawasan Hutan Simpan Kekal Batu Talam yang berkeluasan kira-kira 101 hektar.

Pekebun durian direman, kompleks mahkamah kecoh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PKPD untuk siapa sebenarnya? – Che Ta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker