Langgar SOP-Polis Siasat Ahli Parlimen Minum Petang Ramai-Ramai Di Kedah
Langgar SOP-Polis Siasat Ahli Parlimen Minum Petang Ramai-Ramai Di Kedah
Alor Setar: Polis membuka kertas siasatan berhubung gambar seorang Ahli Parlimen bergelar Datuk di negeri ini yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya membuka siasatan berhubung kes itu mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPP) 2020.
“Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan dan kita akan panggil beberapa saksi bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dalam gambar yang tular di media sosial, Ahli Parlimen terbabit yang juga bekas timbalan menteri dilihat duduk bersila di atas meja sambil minum teh serta bersembang bersama beberapa individu secara terbuka dalam satu program bantuan.
Berikutan itu, orang ramai mempertikai tindakan Ahli Parlimen berkenaan sedangkan negeri itu masih berada dalam tempoh Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).-HM
Langgar SOP-Polis Siasat Ahli Parlimen Minum Petang Ramai-Ramai Di Kedah
Baca Artikel Menarik :
- Guan Eng mahu Rais ganti Takiyuddin
- Kempen bendera hitam sohor kini di media sosial
- Pemuda lari PKPD langgar kawat duri
- Hantar pelacur kepada pelanggan, taktik terbaru PKP
- Mangga miyazaki berharga RM1,000 sebiji
- Resepi sambal tumis sotong petai
Layari Laman Facebook MYKMU
Gagal persembah tarikh sidang Parlimen boleh dianggap satu penderhakaan – Mahfuz
Kebakaran Besar ‘Mata Api’ di Perairan Teluk Mexico [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.