Kebakaran Besar ‘Mata Api’ di Perairan Teluk Mexico [VIDEO]

Sebaran :

Kebakaran Besar ‘Mata Api’ di Perairan Teluk Mexico [VIDEO]

YUCATAN, MEXICO – Satu kebakaran besar berlaku di perairan Teluk Mexico dekat Semenanjung Yucata semalam selepas saluran paip gas bawah laut bocor menyebabkan api merebak ke permukaan laut, lapor portal berita MailOnline.

Insiden yang berlaku beberapa meter dari pelantar minyak syarikat milik kerajaan Mexico, Pemex itu mencetuskan kebakaran besar yang digelar ‘mata api’ oleh pengguna media sosial kerana api yang berbentuk bulat.

Pemex yang mengesahkan kejadian itu berkata, kebakaran berpunca daripada saluran paip bawah laut miliknya yang pecah.



Menurut sumber, api bermula dari saluran paip bawah laut yang menghubungkan kepada pelantar minyak luar pesisir utama Pemex, Ku Maloob Zaap yang terletak di selatan Teluk Mexico.

Kebocoran gas itu mencetuskan api pada jarak 150 meter dari pelantar kira-kira pukul 5.15 pagi (waktu tempatan), sekali gus memaksa Pemex menutup injap saluran paipnya.

Menurut Pemex, pihaknya menghantar beberapa bot pemadam api untuk memadamkan kebakaran, manakala sumber berkata, para pekerja menggunakan nitrogen untuk memadam kebakaran itu.

Kebakaran itu telah berjaya dipadamkan dan kebocoran gas dapat dikawal kira-kira lima jam kemudian sebelum operasi kembali normal.



Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan kejadian itu tidak memberikan kesan kepada kerja-kerja di lapangan. – AGENSI

Kebakaran Besar ‘Mata Api’ di Perairan Teluk Mexico [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Kapal Mewah Karam Dalam Kebakaran Marina Di Hong Kong [VIDEO]

[VIDEO] Lubang Gergasi Ancam ‘Telan’ Rumah Penduduk


Sebaran :

Leave a Reply