Aksi Wardar Wanita Terlampau Dengan Banduan

Aksi Wardar Wanita Terlampau Dengan Banduan

Los Angeles: Seorang wardar wanita di California dipenjara kerana melakukan hubungan seks dengan seorang banduan sambil ditonton 11 tahanan lain.

New York Post melaporkan Tina Gonzalez, 26, juga memotong seluar seragamnya untuk memudahkannya melakukan hubungan seks di penjara Fresno County, mahkamah dimaklumkan pada Selasa.

Bekas ketuanya, pembantu syerif, Steve McComas memberitahu mahkamah dia menyaksikan banyak ‘perkara yang menjijikkan’ selama 26 tahun bekerja.

Namun katanya, tiada yang lebih mengejutkan apabila mengetahui aksi seks Gonzalez ditonton banduan lain.

Gonzalez berhenti selepas ditangkap Mei tahun lalu juga membekalkan banduan sama dengan pisau cukur, telefon bimbit dan maklumat dalaman sebelum sel tahanan lelaki itu diperiksa, kata laporan berkenaan.

“Dia mengangkat sumpah untuk menggalas tanggungjawab itu tetapi (tindakannya) membahayakan nyawa rakan sekerjanya,

“Tetapi dia tidak menunjukkan penyesalan. Dia masih berhubung menerusi telefon dengan berbual lucah dengan lelaki berkenaan serta bangga dengan kejahatan dilakukannya,” kata McComas.

April lalu, Gonzalez mengaku tidak bersalah melakukan aktiviti seksual dengan tahanan, memiliki dadah atau alkohol serta telefon bimbit yang mahu diberikan kepada banduan berkenaan.

Bekas ketuanya meminta wanita terbabit dihukum penjara maksimum tiga tahun lapan bulan.

Tetapi Hakim Michael Idiart meneliti pengakuan awal tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman tujuh bulan di penjara daerah diikuti tempoh percubaan selama dua tahun.

“Saya rasa apa yang anda buat itu dahsyat, bodoh dan anda sudah merosakkan karier anda,” katanya kepada Gonzalez.

Sumber: Daily Mail

Aksi Wardar Wanita Terlampau Dengan Banduan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Skandal Seks: Sekali lagi, Gisella Anastasia Mengenai Tuduhan Video Lucah, Netizen Ingin Tahu Mengenai Identiti Lelaki

5 Kisah Ketagihan Seks Selebriti Wanita Hollywood Yang Sukar Untuk Dipercayai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker