5000 penduduk haram Israel dapat warganegara UAE

5000 penduduk haram Israel dapat warganegara UAE. Kira-kira 5,000 penduduk negara haram Israel memperoleh kewarganegaraan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam tiga bulan terakhir ini.

Tindakan itu sekali gus mengubah undang-undang berkaitan pemberian kewarganegaraan di negara Arab Teluk Parsi.

Laman web Emirates Leaks pada Khamis mendedahkan bahawa sejumlah besar penduduk haram Israel berada di bawah perlindungan pelaburan di UAE terutamanya di Dubai dan Abu Dhabi.

Menurut sumber, pihak berkuasa UAE membenarkan pemberian kewarganegaraan bagi pelabur dan pengusaha tanpa perlu melepaskan kewarganegaraan asalnya.

Dengan mendapatkan kewarganegaraan UAE, penduduk haram Israel dapat melintasi Teluk Parsi dan negara-negara Arab tanpa visa sebelumnya.

Terdahulu, UAE pada awal tahun ini mengumumkan rancangan untuk memberi kewarganegaraan kepada warga asing sebagai sebahagian usaha bagi merangsang ekonominya di tengah-tengah krisis wabak Coronavirus.

Negara Teluk Parsi itu pada November tahun lalu merancang untuk merombak semula undang-undang berkaitan agama termasuk melonggarkan larangan penggunaan alkohol dan membenarkan pasangan yang belum berkahwin tinggal bersama.

UAE sudah mulai menolak nilai-nilai Islam dan Arab dengan mengadakan hubungan normalisasi bersama negara penjajah Israel-suatu tindakan yang dikutuk di seluruh dunia Islam.

Beberapa negara Arab turut mengikuti jejak langkah UAE termasuk Bahrain dibawah perjanjian yang dikendalikan oleh Amerika Syarikat (AS), yang ketika itu diperintah oleh Presiden Donald Trump. -Agensi

5000 penduduk haram Israel dapat warganegara UAE


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Agong boleh titah usul undi percaya

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker