Poligami di Siam ‘laku’ kerana hukuman ringan di Malaysia

Poligami di Siam ‘laku’ kerana hukuman ringan di Malaysia

Pasangan yang bernikah di Thailand dengan tujuan poligami hanya mementingkan ‘sah di sisi agama’ dan memandang ringan undang-undang Malaysia kerana hukuman ringan, kata pensyarah kanan undang-undang, Noraini Md Hashim.

Pakar undang-undang keluarga Islam dan sivil di Universiti Islam Antarabangsa itu berkata peningkatan bilangan pasangan yang berpoligami di Thailand menunjukkan mereka tidak menghiraukan cara yang sah di Malaysia.



Noraini mengambil contoh undang-undang keluarga Islam di Wilayah Persekutuan, yang menetapkan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Pasangan-pasangan yang bermasalah ini memang telah membuat ‘homework’ di mana mereka tahu dan pastikan perkahwinan memenuhi hukum syarak,” kata Noraini kepada FMT.

“Akad nikah akan dilaksanakan oleh pihak yang mendapat pengiktirafan dari pihak Majlis Agama Islam Narathiwat, Patani, Satun, Songkhla dan Yala di Thailand dan mendaftar semula perkahwinan mereka dengan pihak berwajib apabila kembali ke Malaysia.”

Sebelum ini, seorang ‘ejen nikah sempadan’ dilapor berkata permintaan untuk bernikah di Thailand meningkat dua kali ganda pada tahun lalu. Majlis Agama Islam Narathiwat pula mendedahkan 50% rakyat Malaysia yang melintas sempadan untuk menambah isteri melibatkan lelaki berstatus “Datuk”.



Pasangan terbabit boleh didenda tidak melebihi RM1,000 jika gagal mendaftarkan perkahwinan dengan pihak berkuasa agama Malaysia apabila kembali ke tanahair, menurut Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, atau penjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya.

Noraini berkata pasangan yang ingin berkahwin di Malaysia perlu mengikut syarat tertentu, seperti kursus perkahwinan, saringan HIV, dan mendapatkan izin pendaftar perkahwinan, atau merujuk hakim syariah sekiranya tiada wali nasab atau melibatkan pasangan bawah umur; dan membuktikan perceraian atau kematian jika melibatkan janda atau balu.

Wali nasab adalah orang yang memiliki kuasa untuk mengakad nikah perempuan daripada keturunannya berasaskan pertalian darah yang sah.

Selain itu, pasangan yang bernikah di Thailand dapat mengurangkan belanja seperti bertunang, hantaran mahar, dan kenduri kahwin.



“Semua ini dianggap beban dan menyusahkan…maka, perkahwinan luar sempadan adalah penyelesaian terbaik bagi golongan ini,” kata Noraini.

Penjelasan lanjut daripada Noraini memberi gambaran bahawa pihak lelaki yang ingin berpoligami mengambil jalan pintas memandangkan hukuman ringan.

Noraini menjelaskan permohonan poligami di Malaysia perlu mendapatkan izin hakim syariah, yang akan membuat keputusan selepas mempertimbangkan alasan, pendapatan, dan tanggungan semasa si pemohon, termasuk kemampuannya untuk beristeri baharu.

Mahkamah juga perlu memastikan si pemohon berupaya memberi layanan adil kepada pasangannya, bagi melindungi hak isteri atau isteri-isteri sedia ada.



“Sekiranya isteri atau isteri-isteri sedia ada terkilan atau tidak puas hati dengan apa-apa keputusan mahkamah, (mereka) boleh merayu,” katanya.

Noraini menggesa pihak berkuasa mengenakan tindakan tambahan kepada pasangan yang bernikah di Thailand.

“Selain denda, hukuman dalam bentuk kerja komuniti patut dikenakan serta mengemaskini data pasangan yang kahwin lari supaya senang mengenal pasti kes mereka,” katanya. FMT

Poligami di Siam ‘laku’ kerana hukuman ringan di Malaysia



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak Ira Kazar sindir Puteri Sarah



Puteri Sarah fail perceraian pagi ini

Dron pelancong China langgar Menara Merdeka 118

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker