Mila Jirin ajak rakan niaga terus tawakal

Mila Jirin ajak rakan niaga terus tawakal

PENYANYI dan ahli perniagaan Mila Jirin, 34, mengajak rakan-rakan dalam perniagaan pengurusan perkahwinan untuk terus tawakal supaya industri itu kembali bersinar tak lama lagi.

Mila yang juga juara Akademi Fantasia musim kelima berkata, ramai rakannya dalam industri itu mengeluh apabila tidak peruntukan untuk mereka dalam pembentangan Pelan Pemulihan Negara (PPN), baru-baru ini.

Menurutnya, dia berharap pengusaha industri itu akan terus bersabar dan tidak mengalah.

“Jangan sedih. Tawakallah kepada Allah. Jika Allah izinkan ia akan mudah. Jika sebaliknya jangan mengalah.

“Saya faham situasi anda nak mulakan perniagaan kekurangan modal. Cuba memohon pinjaman bank, tak diluluskan pula kerana industri itu berisiko tinggi. Ini memang hakikat.

“Saya mendengar keluh-kesah anda. Apakan daya saya juga tak mampu nak membantu lebih, hanya doa dan kata-kata positif dapat disalurkan agar terus memberi semangat agar terus kuat dan terus tawakal,” katanya.

Mila juga berlapang dada untuk mendengar dan membantu apa saja termampu buat rakan industri itu yang terkesan. Dia juga berharap mereka tidak putus mencari inisiatif lain untuk bertahan.

“Jangan bersedih. Insya-Allah, jika perlu luahkan apa jua yang terbuku, mesej saya secara peribadi, saya sudi mendengarnya. Moga dapat menghilangkan sedikit gundah-gulana.

“Jangan tunggu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) tamat. Terus ubah dan tukar corak perniagaan anda. Selebihnya semua dengan izin Allah, sama-sama kita teruskan berdoa buat semua sahabat kita,” katanya.

Penularan Covid-19 sejak lebih setahun lalu dan pelaksanaan PKP membuatkan industri pengurusan perkahwinan terjejas teruk apabila majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan sehingga pengusaha kerugian.

Mila yang memiliki perniagaan Bizmilla Wedding Centre juga mengalami kerugian.

Mila Jirin ajak rakan niaga terus tawakal


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tukang urut hina azan di Facebook ditahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker