Durian punya hal sampai lepaskan tembakan



Durian punya hal sampai lepaskan tembakan

Dihalang masuk hotel kerana bawa durian, lelaki lepaskan tembakan

Bangkok: Seorang lelaki yang dihalang melawat isteri dan anak lelakinya berusia 9 tahun di sebuah hotel kuarantin alternatif (ASQ) di Ao Nang di Krabi, melepaskan tembakan dan meluru ke bilik mereka sebelum ketiga-tiganya melarikan diri.

Menurut laporan The Nation, kejadian itu berlaku pada 7 pagi Selasa (waktu tempatan) di hotel, yang digunakan sebagai ASQ untuk individu yang berisiko dijangkiti Covid-19.

Lelaki itu dikatakan membawa buah tangan – durian untuk isteri dan anaknya, tetapi dihalang oleh seorang pengawal keselamatan kerana semua pelawat dan durian tidak dibenarkan di premis hotel.




Dia yang berang, meninggalkan lobi hotel dan kembali kira-kira 15 minit kemudian dan cuba memasuki lif tetapi dihalang seorang pekerja hotel.

Lelaki itu terus mengacukan pistol dan melepaskan tembakan ke arah tingkap.

Bagaimanapun, polis berjaya mengesan lelaki itu di sebuah ladang ternakan ayam dan dia ditangkap pada petang Selasa.

Suspek dikatakan turut menembak seorang pekerja di ladang itu sebelum ditahan. Pekerja itu dikejarkan ke hospital dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Polis turut merampas sepucuk revolver .38 dengan lima butir peluru dan pistol 11mm yang mengandungi enam peluru, lapor The Nation. HM




Durian punya hal sampai lepaskan tembakan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


80% kes Covid-19 Selangor berpunca dari kilang



Leave a Reply

Your email address will not be published.