Budak rajin terima beras sebagai upah



Budak rajin terima beras sebagai upah

Bukit Mertajam: Ketika kanak-kanak seusianya lebih gemar bermain permainan video, melayari Internet dan leka dengan gajet elektronik masing-masing, murid tahun lima ini pula mencari keseronokan dengan membantu jiran.

Muhammad Anis Zakaria, 11, dari Kampung Bukit Teh, di sini memanfaatkan masa lapangnya dengan kerja berfaedah termasuklah mengecat meja milik jirannya yang dilakukan selepas tamat sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Kisahnya tular di media sosial selepas jirannya, Muhammad Faeez Salleh, 30, memuat naik video kanak-kanak itu mengecat dan enggan menerima upah wang tunai, sebaliknya mahukan beras.

Disebabkan itu, kata Muhammad Faeez, timbul salah faham apabila ada warganet yang menyangka Muhammad Anis daripada keluarga susah.




“Dia daripada keluarga sederhana, ibu dan ayahnya juga masih ada tinggal bersama. Cuma ada yang salah sangka kerana dalam salah satu video dimuat naik, saya beritahu Muhammad Anis memilih untuk menerima beras sebagai upah dan bukannya wang.

“Sebenarnya, dia pilih beras bukan sebab keluarganya susah, tetap dia beritahu mahu menikmati makanan itu bersama keluarganya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Muhammad Faeez yang juga tenaga pengajar kimpalan di Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-Tech) berkata, video tular itu dirakam kelmarin ketika Muhammad Anis datang ke bengkelnya dan memberitahu mahu membantu mengecat meja.

“Dalam masa sama saya mahu ajar dia kemahiran mengecat dan rakam video itu untuk suka-suka saja. Tidak sangka pula tular.

“Saya bersyukur ada juga orang yang faham mesej saya cuba sampaikan iaitu kanak-kanak usia seperti Muhammad Anis yang rajin tidak seperti budak seusianya,” katanya.




Sementara itu, bapa Muhammad Anis, Zakaria Haron, 48, yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, anak bongsunya itu memang seorang yang ringan tulang dan tidak lokek membantu.

“Sejak dulu lagi dia begitu, malah jika ada kenduri, dia akan turut sama membantu.

“Ada kalanya daripada pagi hingga petang dia tolong dan sebagai bapa, saya kagum dengannya serta menyokongnya selagi dia melakukan perkara bermanfaat,” katanya.-HM

Budak rajin terima beras sebagai upah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU





Tak perlu ugut doktor kontrak

Pakcik Ini Selamba Tepuk Bahu Pelakon Ketika Shooting. “Haloh Saley Teh” [VIDEO]



Leave a Reply

Your email address will not be published.