Nourul Respon : Isu Lelong Cincin

NOURUL RESPON : ISU LELONG CINCIN

NOURUL RESPON : ISU LELONG CINCIN

“Nak simpan buat apa? Kenangan untuk apa? Nak sayang buat apa cincin lama ni? Cincin legend ni saya dah lupa, lama tersimpan dalam almari. Saya tak pakai lagi dah sejak 2007. Simpan cincin Emas tapi kalau tak pakai, nanti jadi haram.

“Jadi lebih kita jual supaya orang pakai dan duit tu boleh buat sumbangan,” itulah respon penyanyi Nourul Depp bila niatnya yang mahu menjual cincin perkahwinan pertamanya dengan komposer, Ajai kira-kira 25 tahun lalu, dipersoal.



NOURUL RESPON : ISU LELONG CINCIN

Ramai netizen yang rata-rata terkejut dengan keputusan Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 44, yang menjual cincin tersebut: “Sayangnya! Mesti banyak kenangan… lebih baik simpan” antara komen netizen.

Bagaimanapun menurut Nourul tiada keperluan untuknya terus menyimpan barang kemas tersebut kerana ia tidak digunakan lagi sejak berpisah dengan Ajai pada 2007.

Nourul menerusi laman Instagram miliknya sebelum ini berkongsi gambar sebentuk cincin emas bertatah berlian di Instagram sambil menyatakan hasil jualan cincin berkenaan akan digunakan bagi tujuan amal.

Mengulas tentang saranan pengikutnya agar menghadiahkan cincin berkenaan kepada anak gadisnya, Ayu Nazirah yang kini sudah berusia 23 tahun, Nourul berkata dia terlebih dahulu memikirkan tentang hal tersebut.



NOURUL RESPON : ISU LELONG CINCIN

“Sebelum nak jual saya ada tanya… Ayu nak pakai cincin macam tu? Dia beritahu taknak. Saya pula tak minat emas. Saya tak boleh (kurang kemampuan) nak bantu orang sangat, jadi kalau ada benda yang kita boleh usahakan… kita bantu la. Tiada sentimental value pun benda tu, jadi simpan buat apa?” katanya.

Cerita Nourul, dia menemukan cincin berkenaan ketika sedang mengemas rumah sebelum berpindah ke Indonesia tidak lama lagi.

“Seperti biasa sebelum nak berhijrah negara ni, saya mengemas barang. Asingkan mana yang tinggalkan di Malaysia dan mana nak bawa. Masa tu la terjumpa cincin tu. Saya akan berpindah ke Indonesia pada pertengahan Julai, visa semua dah lulus,” jelasnya.



Untuk rekod Nourul mendirikan rumah tangga dengan Ajai atau Mohd Faizal Maas pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada 28 Februari 2007. Hasil perkahwinan pertama Nourul dan Ajai mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ayu Nazirah.

Kemudian, Ajai mendirikan rumah tangga bersama Norliza Ilias pada 15 Ogos 2009 manakala Nourul pula bernikah dengan Eric Daniel Depp pada 6 Jun 2012. Nourul dan Eric kemudiannya dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella yang baru berusia dua tahun.

NOURUL RESPON : ISU LELONG CINCIN


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Nourul nak lelong cincin nikah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker