Nourul nak lelong cincin nikah

Nourul nak lelong cincin nikah

Nourul nak lelong cincin nikah, nak buat derma

Terpanggil menghulurkan bantuan kepada golongan terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penyanyi Nourul Depp mendedahkan mahu menjual sahaja cincin daripada pernikahan pertamanya yang telah berusia sekitar 25 tahun.

Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab memberitahu, daripada sekadar tersimpan dalam almari sejak tahun 2007, ada baiknya cincin pernikahan bersama mantan suaminya, Ajai tersebut dijual dan hasil jualannya boleh disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

“As usual (seperti biasa), sebelum nak berhijrah ke luar negara ni, Ahad adalah hari mengemas barang. Mana tinggal di Malaysia dan mana nak bawak.

“Cincin legend ni kami tak perasan dok terperuk lama dalam almari. Dah banyak kali pindah dengan kami.

“Kami tak pakai lagi dah semenjak 2007. Kami memang nak salurkan duit ni pada puan @inot72 yang banyak membantu mereka yang memerlukan.

“Sapa nak buat collection (simpanan) cincin ni, boleh hubungi kami. Harga bermula daripada RM300. Siapa bit (bida) tinggi, dia dapat,” tulis Nourul.

Terdahulu, pelantun lagu Kerana Terluka itu mendirikan rumah tangga dengan komposer dan penyanyi Ajai pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada 28 Februari 2007.

Hasil perkahwinan pertama, Nourul dan Ajai dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ayu Nazirah, 23.

Lima tahun selepas itu, Nourul bernikah dengan Eric Daniel Depp pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan tiga anak iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella, 2.

Nourul dan keluarganya akan berpindah ke Bali, Indonesia dalam masa terdekat. K Online

Nourul nak lelong cincin nikah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mustapa makan di cafe, langgar sop

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker