Cita Citata diminta sertai politik

Cita Citata diminta sertai politik

GARA-GARA bersuara tentang kenaikan harga barang di Indonesia, penyanyi terkenal Cita Citata diminta oleh peminatnya untuk terjun ke bidang politik sekali gus mewakili suara rakyat.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, penyanyi berusia 28 tahun itu kesal dengan kenaikan harga barangan runcit.



Situasi tersebut menekan rakyat termasuk dirinya sebagai seorang selebriti.

“Semua naik harga. Cili naik, minyak juga sama naik. Banyak sangat salah laku rasuah. Jumlah masyarakat yang menganggur juga banyak. Semakin susah cari kerja. Nanti makin ramai orang buat jahat,” katanya.

Perkongsian penyanyi itu sekali gus menarik perhatian peminat apabila memuji tindakannya yang berani bersuara tentang masalah dihadapi rakyat negara tersebut.

Pada masa sama, ramai bersetuju jika pelantun lagu Perawan Atau Janda itu terjun ke arena politik dan mewakili suara rakyat.



“Bagus! Masih ada yang berani bersuara dan berjuang untuk rakyat. Layaknya Cita Citata terjun dalam bidang politik,” kata seorang peminatnya. K Online

Cita Citata diminta sertai politik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)

Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis



Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker