Calon PM Thailand undang Taylor Swift buat konsert

Calon PM Thailand undang Taylor Swift buat konsert

Calon Perdana Menteri Thailand, Pita Limjaroenrat mengundang Taylor Swift untuk menyelit negara itu sebagai lokasi konsert jelajah Asia bintang pop dunia itu, ‘The Eras Tour’.

Undangan itu dibuat Pita secara terbuka di akaun Twitternya.



“Hai Taylor! Peminat setia kamu di sini. Thailand kini kembali ke landasan untuk menjadi sebuah negara demokrasi selepas kunjungan kamu terpaksa dibatalkan sebelum ini akibat rampasan kuasa. Rakyat Thailand telah bersuara melalui pilihan raya dan kami semua berharap dapat menyambut kamu di negara kami yang indah!

“Datanglah dan saya akan menyanyikan lagu Lavender Haze bersama kamu,” tulis Pita yang turut meninggalkan tanda tangan nama Tim pada akhir hantaran itu.

Hey Taylor! Big fan of yours. Btw, Thailand is back on track to be fully democratic after you had to cancel last time due to the coup. The Thai people have spoken via the election and we all look forward to welcoming you to this beautiful nation of ours! Do come and Ill be https://t.co/ypox90kRpL
— Pita Limjaroenrat (@Pita_MFP) July 6, 2023

Konsert jelajah ‘The Eras Tour’ oleh Swift mencipta fenomena dalam kalangan peminat setia penyanyi itu.



Pada ketika ini, jadual Swift hanya membolehkannya mengadakan persembahan di Singapura dan Jepun sahaja dalam senarai destinasinya ke Asia.

Swift yang popular dengan lagu Karma akan mengadakan 131 konsert sempena ‘The Eras Tour’ di lima benua bermula di Amerika Syarikat pada Mac lalu dan dijangka berakhir di London, Britain pada bulan Ogos 2024.

Media antarabangsa melaporkan, lebih 22 juta peminat setia penyanyi itu telah berdaftar untuk menonton konsert Swift di Singapura.

Di Singapura sahaja, penyanyi dan dan komposer berusia 33 tahun itu akan muncul dalam enam pementasan di Stadium Nasional negara itu pada bulan Mac 2024.



Tarikh-tarikh pementasan Swift di negara jiran itu ialah 2 hingga 4 Mac serta 7 hingga 9 Mac.

Sementara itu, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, juga memanfaatkan Twitter untuk cuba meyakinkan Swift berkunjung ke negara itu. – Agensi

Calon PM Thailand undang Taylor Swift buat konsert

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain

Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini



Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)

Cebisan mayat berselerak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker