Pelajar perempuan dilapor hilang ketika ke sekolah

Nur Shafina Maisarah Abdullah kali terakhir dilihat ketika pergi ke sekolah dengan menaiki bas.

Pelajar perempuan dilapor hilang ketika ke sekolah

SEORANG murid perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang ketika pergi ke sekolah pada pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada ibu mangsa pada pukul 10.40 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan
Beliau berkata, pengadu mendakwa anaknya masih belum pulang ke rumah selepas dikatakan ke sekolah dengan menaiki bas pada 6.15 pagi.

“Pengadu telah menghubungi guru kelas anaknya namun dimaklumkan Nur Shafina Maisarah Abdullah tidak hadir ke sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan mendapati kali terakhir Nur Shafina dilihat oleh pengadu ketika menaiki bas untuk ke sekolah dengan berpakaian sekolah.

Malah, menurut saksi yang juga rakan sekolah memaklumkan telah melihat Nur Shafina turun dari bas namun tidak masuk ke kawasan sekolah.

“Nur Shafina dikatakan tidak mempunyai masalah dengan keluarga sebelum ini.

“Pengadu cuba menghubungi anaknya namun panggilan tidak dijawab,” ujarnya.

Polis kini membuka Kertas Enkuiri Polis bagi siasatan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mohamad Najib di taian 012-3429297. Utv

Pelajar perempuan dilapor hilang ketika ke sekolah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Ajai tak campur perselisihan Nourul, Ayu

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker