8 surah rahsia kejayaan raih 11A dalam SPM

8 surah rahsia kejayaan raih 11A dalam SPM

Batu Pahat: Amalan membaca lapan surah setiap hari selain bangun awal pagi solat Tahajud serta duha menjadi rahsia kejayaan anak seorang petani meraih semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

Fatimah Zahrah Jaafar, pelajar Sekolah Menengah Agama Jawahir (SMA) Al-Ulum, Senggarang, di sini meraih 11A dalam semua mata pelajaran diduduki sekali gus muncul pelajar terbaik sekolah itu.

Anak kepada petani, Jaafar Tarmidi, 58, manakala ibunya Noriah Daud, 46, seorang suri rumah berkata, kelapan-lapan surah itu ialah Kahfi, Sajadah, Mulk, Luqman, Dukhan, Waqih, Rahman dan Yasin wajib dibaca setiap hari untuk membolehkan dia mendapat ketenangan selain hati yang terang ketika menduduki SPM.

“Setiap malam, saya akan tidur pada jam 12 tengah malam dan bangun semula sekitar 3 atau 4 pagi untuk Tahajud.

“Ini amalan saya lakukan sebagai persediaan menduduki peperiksaan ini, alhamdulillah Allah makbulkan doa saya,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan SPM di SMA Jawahir Al-Ulum hari ini.

Dia ditemani ibunya, dilihat menitiskan air mata sebaik namanya diumumkan sebagai satu-satunya calon mendapat 11A.

Anak ketiga daripada lima beradik berkata, sebelum ini dia hanya mensasarkan sekurang-kurangnya 5A namun tidak menyangka mampu meraih keputusan cemerlang itu.

Sementara itu, Noriah berkata, dia hanya mampu menitiskan air mata sebaik dimaklum keputusan diperoleh anaknya.

“Kejayaan Fatimah Zahrah pasti membanggakan kerana kami bukan keluarga senang. Dia memang nekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya berjaya.

“Saya bersyukur pada Allah kerana doa untuk melihat kejayaan Fatimah Zahrah termakbul,” katanya yang menetap di Parit Baru, Jalan Parit Botak, di sini. HM

8 surah rahsia kejayaan raih 11A dalam SPM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)

Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung

Artis hamilkan anak orang

Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker