Dua jenis rayuan dapat pengecualian TH

Dua jenis rayuan dapat pengecualian TH

Jemaah yang membuat rayuan haji di luar giliran layak untuk mendapat subsidi atau bantuan kewangan haji sekiranya memenuhi dua syarat pengecualian bayaran penuh ditetapkan Lembaga Tabung Haji (TH).

Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata individu yang membuat rayuan haji di luar giliran perlu membayar kos penuh RM30,850 kerana dianggap berkemampuan untuk menunaikan haji.



Bagaimanapun, katanya, TH menetapkan dua syarat untuk pengecualian bayaran penuh bagi mereka yang membuat rayuan, iaitu mahram dan pengiring kepada jemaah haji yang mendapat giliran tahun ini.

“Contohnya jika suami mendapat giliran tetapi isteri tertinggal. Kalau dia buat rayuan dan suaminya dalam golongan B40, maka isteri itu akan mendapat kelayakan subsidi atau bantuan kewangan haji.

“Kedua, mereka yang buat rayuan itu menjadi pengiring. Contohnya jemaah yang mendapat giliran haji sudah tua dan uzur kesihatannya dan perlukan pengiring, maka pengiring itu akan mendapat bantuan kewangan haji,” katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) yang bertanya sama ada kerajaan akan memberi kelonggaran kepada individu golongan B40 yang membuat rayuan haji di luar giliran supaya tidak perlu membuat bayaran penuh berjumlah RM30,850.



Mengenai isu kuota haji tambahan, Mohd Na’im berkata, kerajaan sudah menghantar surat memohon kuota haji tambahan kepada kerajaan Arab Saudi dan sedang menunggu jawapan.

Menjawab soalan asal Abdul Latiff mengenai kriteria digunakan dalam penetapan jemaah haji B40, M40 dan T20, beliau memaklumkan TH bekerjasama dengan kerajaan bagi membuat semakan silang maklumat pendapatan bakal haji dengan pangkalan data sedia ada.

Katanya, Tabung Haji mengenal pasti jemaah kumpulan B40 dan M40 berdasarkan senarai penerima Sumbangan Tunai Rahmah daripada kerajaan.

“Jemaah kumpulan T20 dikenal pasti berdasarkan pendapatan individu bulanan melebihi RM15,000 dan bukan berasaskan pendapatan isi rumah.



“Bagi musim haji 1444H/2023M, sebanyak 45.7 peratus yang terpilih adalah jemaah haji kumpulan B40, 52.3 peratus jemaah haji M40 dan dua peratus kumpulan T20.

“Pemberian bantuan kewangan haji secara bersasar ini dapat membantu TH menampung perbelanjaan kos operasi haji keseluruhan bagi memastikan kelestarian kewangannya untuk masa hadapan,” katanya.

Menyentuh kenaikan kos haji sebanyak lapan peratus berbanding RM28,632 tahun lalu, Mohd Na’im memaklumkan, ia berpunca akibat beberapa faktor di luar kawalan TH, antaranya inflasi dan percukaian di Arab Saudi serta kadar tukaran ringgit berbanding riyal Arab Saudi dan dolar Amerika Syarikat (AS).

“Kenaikan juga disebabkan projek pembesaran berterusan di Makkah dan Madinah yang menyebabkan banyak bangunan penginapan jemaah haji dirobohkan dan memberi tekanan kepada pasaran harga sewaan.



“Faktor lain adalah pelbagai caj oleh pihak berkuasa Arab Saudi bagi pelbagai perkhidmatan untuk kebajikan dan keselesaan jemaah haji di Tanah Suci,” katanya. HM

Dua jenis rayuan dapat pengecualian TH

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)

Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung



Artis hamilkan anak orang

Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker