7 tahanan Penjara Jelebu lolos, seorang dicekup

7 tahanan Penjara Jelebu lolos, seorang dicekup

Seorang daripada tujuh tahanan yang meloloskan diri dari Penjara Jelebu, Negeri Sembilan kira-kira 3 petang tadi, ditahan semula.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Maslan Udin berkata, Sohaimi Khalid, 50, ditahan semula di kawasan kebun sawit di Kongkoi, kira-kira 2km dari Penjara Jelebu pada 7 malam tadi.

Katanya, baki enam tahanan yang masih diburu ialah Mazlan Samah, 39, Mohamad Aminuddin Khan Mohd Yusof, 28, Shazuan Md Sharif, 32, Mohd Zairizan Zainal, 42, Muhammad Syafiq Rohmat, 32, dan seorang lelaki dikenali sebagai Zainuddin.

“Bantuan unit anjing pengesan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dan Jabatan Penjara turut digerakkan bagi mengesan kesemua tahanan itu,” katanya menurut laporan Bernama dan Utusan Malaysia.

Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan, termasuk kemungkinan berlaku kecuaian sehingga menyebabkan semua tahanan reman mahkamah itu meloloskan diri.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat yang boleh membantu polis memburu tahanan terbabit diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu pejabat Polis Daerah Jelebu 06-6136222 atau Bilik Gerakan IPD Jelebu 06-6137999. FMT

7 tahanan Penjara Jelebu lolos, seorang dicekup


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker