400 rumah ‘Flat Columbia’ Sungai Petani diserbu polis

SALAH seorang daripada suspek yang ditahan polis dalam Operasi Cantas di PPR Harmoni Paya Nahu yang dikenali sebagai Flat Columbia di Taman Ria Jaya, Sungai Petani.

SUNGAI PETANI: Jika disebut Projek Perumahan Rakyat (PPR) Harmoni Paya Nahu di Taman Ria Jaya, di sini mungkin tidak ramai orang mengenalinya berbanding ‘Flat Columbia‘ Sungai Petani.

Ini kerana ia dipercayai menjadi pusat pelbagai aktiviti tidak sihat merangkumi pengedaran dadah, judi dalam talian, lokasi memproses air ketum, jualan rokok seludup, lokasi orang dikehendaki bersembunyi serta ahli kumpulan gangster tinggal.

Buktinya, petang kelmarin, 400 rumah flat itu digempur pihak polis selama dua hari berturut-turut dalam usaha mengekang isu jenayah serta aktiviti pelanggaran undang-undang.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, melalui Operasi Cantas pada hari pertama Rabu lalu yang mensasarkan rumah terpilih, seramai 26 individu terdiri daripada 22 lelaki dan empat perempuan ditahan.



“Daripada 22 lelaki, enam daripadanya merupakan orang yang dikehendaki kerana terlibat dalam kes jenayah dan dadah selain menjadikan rumah di situ untuk bersembunyi.

“Kita turut merampas pelbagai jenis dadah, rokok seludup pelbagai jenama, air ketum dan barangan curi,” katanya.

Kata Wan Hassan, pada hari kedua serbuan petang semalam, seramai 14 individu lelaki termasuk dua daripadanya merupakan orang dikehendaki serta dua perempuan diberkas.

“Rampasan tembaga, komponen alat ganti kenderaan yang dipercayai hasil kegiatan curi turut dirampas bersama sejumlah dadah, rokok seludup dan air ketum.



“Kesemua jumlah tangkapan selama dua hari ialah seramai 36 lelaki dan enam wanita berusia antara 18 hingga 50 tahun ditahan dan semakan awal mendapati ada antaranya mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

Katanya, pihak polis turut mengeluarkan 78 saman trafik kepada penduduk yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas sepanjang dua hari operasi.

Tambahnya, Operasi Cantas itu melibatkan 300 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda yang turut dibantu 160 pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Kuala Muda untuk proses dokumentasi bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 15(1)a, Seksyen 12(2), Seksyen 6, Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya serta Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam dan Seksyen 30(3) Akta Racun,” katanya. –UTUSAN ONLINE



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat



PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker