UMNO bentuk jajaran baharu?

UMNO bentuk jajaran baharu?

UMNO bentuk jajaran baharu?

BENARKAH UMNO BENTUK JAJARAN BAHARU?

1. Sejak beberapa hari ini tular pelbagai poster yang cuba menggunakan taktik ‘psywar’ dengan membentuk persepsi kononnya UMNO telah membentuk jajaran kerjasama baharu dengan Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR, DAP dan PAN!

2. Siapa sebenarnya yang kepanasan?

Jika diperhalusi profil-profil Media Sosial yang menularkan poster-poster ini kebanyakannya menggunakan akaun palsu atau penyokong PN terutamanya PPBM. Tak dapat pula dipastikan sama ada mereka adalah penerima elaun tetap JKOM.

3. Apakah benar UMNO bekerjasama dengan PH (PKR,DAP atau PAN)?

Pendirian UMNO sebagaimana yang diputuskan dalam Perhimpunan Agong UMNO (PAU) pada 28 Mac 2021 dan seterusnya diperincikan dan diabsahkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) 25 April 2021 jelas bahawa UMNO tidak akan bekersama dengan PKR mahupun DAP. Juga tidak akan bersama dengan PPBM dalam PRU-15.

4. Apakah mungkin Jajaran Baharu dibentuk?

Sebarang perubahan dasar yang diputuskan di Perhimpunan Agong dan Majlis Kerja Tertinggi termasuk jika mahu membentuk JAJARAN BAHARU hanya boleh dibuat dan diputuskan oleh PAU dan MKT. Tiada individu hatta Presiden Parti sekalipun boleh merubah atau meminda keputusan ini. Sehingga hari ini, keputusan tiada kerjasama dengan PH masih kekal. Justeru tidak timbul sebarang bentuk Jajaran Baharu.

5. Pelik juga geng-geng penyokong PPBM ni semakin meroyan walhal mereka lupa yang PPBM ditubuhkan hasil perbincangan antara Tun Mahathir dengan Lim Kit Siang betapa perlu menubuhkan sebuah parti Melayu sebagai komponen PH untuk menarik sokongan dan memecahkan undi Melayu antara 10-15% bagi membolehkan PH menang dan memerintah dalam PRU-14 lalu. Ternyata formula tersebut telah berjaya merealisasikan hasrat DAP dan rakan-rakan mereka dalam PH menjadi kerajaan selama 22 bulan.

6. Hakikatnya UMNO satu-satunya parti yang tidak pernah bersama dengan DAP mahupun PKR!

Yang pasti Pemuda UMNO akan terus berpegang kepada ketetapan PAU dan keputusan MKT untuk terus menjadi JURUBICARA RAKYAT dan AGEN ‘SEMAK dan IMBANG’ kepada Kerajaan yang ada demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat ‘without fear or favour’.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

UMNO bentuk jajaran baharu?


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Siapa yang dimaksudkan Hishammuddin?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker