Aliff akhirnya bersuara, kesal cerita buruk mengenai Bella, ‘dia tetap ibu kepada anak-anak saya’ [VIDEO]

Sekian lama mendiamkan diri, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz meluahkan rasa kesal atas perbuatannya mengeluarkan cerita buruk terhadap isterinya, Bella Astillah dalam satu temubual bersama podcast The Common Folks di Singapura.

Sedutan temubual itu dimuat naik dalam Instagram (IG) rasmi portal itu.

Bagaimanapun, video penuh temubual akan disiarkan di YouTube podcast berkenaan



Aliff menyesali perbuatannya kerana penghujungnya, Bella tetap ibu kepada anak-anaknya.

Aliff berkata, perbuatannya itu didorong perasaan amarah yang tidak dapat dikawal.

“Ia adalah satu kesilapan. Saya sangat menyesal kerana di penghujungnya, Bella tetap ibu kepada anak-anak saya.

“Tetapi, keadaan itu berlaku ketika saya dalam keadaan marah dan dikuasai dendam,” kata Aliff.



Mengulas mengapa baru sekarang berani untuk tampil bersuara, pelakon drama rantaian Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu berkata, dia sengaja berbuat demikian kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Selalunya orang yang bersalah akan menjadi yang terakhir untuk bersuara.

“Kalau saya terlebih dahulu bercakap dan saling berbalas-balas kenyataan, keadaan akan lebih bingit dan situasi bertambah huru hara jadinya,” jelasnya.



Bagaimanapun, ketika ditanya apakah yang ingin diluahkan kepada Bella yang mungkin sedang menonton podcast itu, bekas juara Gegar Vaganza 8 itu gagal meluahkan kata-kata disebabkan terlalu sebak.

“Maaf,” ungkap Aliff dalam nada suara bergetar menahan tangisan.

Kontroversi membabitkan Aliff tercetus selepas seorang individu bernama Sarah Yasmine mendakwa dirinya adalah kekasih Aliff, sekali gus membuka episod baharu kecurangan pelakon kelahiran Singapura itu.

Menerusi pendedahan dimuat naik di Instagram, wanita dipercayai kelahiran Singapura itu juga turut mendakwa Aliff dipergunakan oleh Ruhainies.



Rentetan itu, pelbagai pendedahan lain dibuat Sarah di Instagram Story yang turut mengaitkan beberapa nama selebriti lain seperti Meerqeen, Sophia Albarakbah, Caprice, Emma Maembong dan Chacha Maembong.

Kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus lagi selepas Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah, di Kuala Lumpur, Mac lalu.

Tidak tahan terlalu kerap dicurangi, Bella mengambil keputusan untuk memfailkan perceraian, Mac lalu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)



108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker