Noraniza Idris kena jerat scammer, 3 bulan hadapi kemurungan

Gara-gara menjadi mangsa penipuan hingga konsert solo yang dijadualkan berlangsung Oktober tahun lalu terpaksa dibatalkan, penyanyi Noraniza Idris mengalami kemurungan.

Berkongsi lanjut, Noraniza atau lebih akrab disapa Kak Ani berkata, keadaan itu membuatkan emosinya tidak stabil dan enggan bertemu orang ramai.

“Saya alami trauma dan kemurungan yang teruk sejak kena ‘scam’. Bila mula kena tipu sekitar Ogos tahun lalu, saya tak tahu macam mana nak hadapi.



“Kebetulan pengarah konsert hilang tanpa dapat dikesan. Bila timbul masalah, saya kena hadap semua.

“Kemurungan ini menyebabkan saya rasa malas nak buat program kemasyarakatan dan tak nak langsung jumpa orang ramai.

“Malah, kalau suami bangkitkan soal konsert, pasti saya akan menjerit macam orang hilang pertimbangan,” katanya kepada BH Online.

Menurut penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Irama Malaysia itu, dia mengambil masa lama untuk mengembalikan semula semangatnya.



“Lama juga saya nak pulih iaitu dari Ogos tahun lalu hinggalah Mac tahun ini.

“Saya ada juga dapatkan nasihat pakar dan diberi surat rujukan untuk pemeriksaan lanjut di hospital tapi saya tak pergi.

“Sebaliknya, suami meminta Datuk Awie nasihatkan supaya tidak melawan kecaman netizen dan terus fokus dengan kerjaya seni,” ujarnya ketika ditemui selepas menjayakan konsert mingguan All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, kelmarin.

Pada konsert minggu kesembilan ASGV, penyanyi berasal dari Kluang, Johor itu menjadi rakan duet kepada salah seorang peserta iaitu Liza Hanim untuk menyampaikan lagu Hati Kama.



Ditanya apakah masih berminat meneruskan konsert pada masa akan datang, Noraniza berkata, perkara itu akan dipertimbangkan namun bersyarat.

“Jujurnya, saya sudah serik dan tak nak lagilah buat konsert. Tapi kalau ada yang berminat, saya akan mengambil sikap berhati-hati.

“Saya akan siasat latar belakang penganjur supaya pisang tidak berbuah dua kali,” katanya.

Terdahulu, kontroversi isu skim perumahan membabitkan syarikat pemaju memberi kesan kepada penganjuran Konsert Malai Solo yang dijadualkan berlangsung antara 21 hingga 23 Oktober 2022 di Istana Budaya, Kuala Lumpur.



Ini kerana, syarikat pemaju tersebut pernah menyatakan kesediaan untuk menaja Konsert Malai Solo sebanyak RM3 juta.

Walaupun Noraniza sudah menjelaskan tiada kaitan dengan syarikat perumahan itu, namun berita yang tular mengenai dirinya menjejaskan penjualan tiket konsert, sekali gus menyebabkan promosi konsert terpaksa dihentikan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel



Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker