Bank Islam, bank pertama tawar Bantuan Prihatin Banjir



Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) menawarkan Bantuan Prihatin Banjir untuk membantu para pelanggan pembiayaan yang terjejas.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, di bawah inisiatif tersebut, pelanggan yang mempunyai kemudahan pembiayaan BIMB boleh memohon bantuan kewangan untuk tempoh sehingga enam  bulan terhadap komitmen bulanan mereka.

Selain itu, bank juga tidak akan mengenakan sebarang bayaran bagi penggantian kad ATM dan debit serta buku cek yang rosak atau hilang ekoran bencana yang berlaku.

“Kami sentiasa  mengikuti perkembangan di seluruh kawasan yang terjejas. Kami prihatin akan kesukaran yang dialami pelanggan dalam menghadapi situasi semasa, terutamanya keadaan banjir yang buruk, kejadian tanah runtuh dan lain-lain yang berkaitan, khasnya ketika pandemik Covid-19 masih melanda negara,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Mohd. Muazzam,  Bantuan Prihatin Banjir ini diharap dapat melegakan kebimbangan pelanggan terhadap komitmen kewangan mereka dalam mendepani situasi yang mencabar ini.




Permohonan bantuan tersebut boleh dibuat di cawangan BIMB berhampiran dan pelanggan yang memerlukan bantuan dapat berbincang dengan pihak bank untuk membuat pilihan bantuan pembiayaan yang mereka perlukan.

Bank Islam, bank pertama tawar Bantuan Prihatin Banjir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mangsa kebakaran Flat Sri Johor dapat bantuan RM1,000 – PM



Leave a Reply

Your email address will not be published.