Misha Omar bimbang tiba-tiba ada masalah pendengaran

Sebaran :

Misha Omar bimbang tiba-tiba ada masalah pendengaran

Misha Omar bimbang tiba-tiba ada masalah pendengaran

Penyanyi terkenal Misha Omar menyarankan orang ramai supaya segera berjumpa doktor jika terdapat sebarang masalah kesihatan sama ada kecil atau besar.

Ia susulan penyanyi lagu Tanpa Rela itu mengalami masalah pendengaran telinga kanan yang tidak berada pada tahap optimum.



Disebabkan itu, Misha mengambil langkah dengan segera berjumpa doktor bagi mendapatkan kepastian masalah dihadapi.

“Semalam semua bunyi kedengaran seolah-olah datang dari belakang. Risau kan? Alhamdulillah, suami sudah bawa saya jumpa doktor dan dapat jawapan kepada persoalan ini. Sempat juga susahkan Dr Azrai Abu untuk ‘back up’ andai kata keadaan menjadi tambah buruk.

“Apa saya nak sampaikan di sini adalah jika ada apa-apa masalah kalau boleh segera berjumpa doktor untuk dapatkan nasihat. Dalam keadaan pandemik ini jangan diam saja. Dapatkan pencerahan segera supaya tidak timbul kerisauan yang lebih. Sudahlah kita tak boleh keluar rumah sebab Covid-19,” katanya.


Misha berkata, dia sempat membuat panggilan video dengan kakak juga pengurusnya, Mimie Omar bagi memaklumkan masalah itu.”

Biasalah saya ni kalau sakit ke apa memang cari kakak juga nak mengadu dan dapatkan sokongan. Dia tanya saya dengar macam mana? Saya jawab macam bunyi dari belakang. Dia tanya lagi, boleh nyanyi? Saya jawab tak tahu dan tak cuba lagi.

“Tapi saya cakap doktor beritahu insya Allah baik dalam dua tiga hari lagi. Situasi tetap akan jadi situasi, sama ada baik atau buruk itu semua ujian setiap orang tak sama. Dia cakap lagi, macam mana saya terima perkara itu, kalau positif hasilnya menjadi positif.

Kalau saya risau tak tentu pasal semuanya akan menjadi negatif malah lebih buruk,” katanya.

Namun, Misha cuba menyanyikan lagu Selanjur Bercinta nyanyian asal Aishah yang turut memaklumkan dia menghadapi masalah tidak mendengar muzik.

Hantaran video itu mendapat komen dan maklum balas dalam kalangan peminat serta rakan artis lain memberikan kata-kata semangat selain mendoakan dia segera sembuh. HM

Misha Omar bimbang tiba-tiba ada masalah pendengaran


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Misha Omar – “Kenapa degil sangat?”


Sebaran :

Leave a Reply