Misha Omar – “Kenapa degil sangat?”

Misha Omar - "Kenapa degil sangat?"

Kenapa degil sangat

Itu reaksi penyanyi terkenal, Misha Omar terhadap paparan berita disiarkan mengenai 500 Kenderaan Cuba Masuk Kelantan Diarah Patah Balik, semalam.

Misha Omar dalam hantaran di Instagram berkata, dia juga rindukan ibunya di kampung di Kelantan, namun akur dengan arahan kerajaan.



“Kapsyen ni untuk orang Kelantan saja tau. Orang Kelantan saja faham ni sebab berita ni berkenaan orghey (orang) kapung (kampung) ambo (saya). Jangey (jangan) gitu (begitu). Kito jago kito (kita jaga kita). Ingat?

“Macam buat tak tahu saja tak boleh rentas negeri dan daerah. Awak ingat awak sorang saja yang rindu ibu bapa?

DEGIL SANGAT

“Saya pun sama. Setiap hari nangis sambil panggilan video dengan mak di kampung. Tidak takut kah tengok angka kes positif Covid-19 setiap hari tu abang-abang dan kakak-kakak? Geram lahh kita. Cubit nanti,” tulis Misha Omar

Hantaran yang ditulis dalam loghat Kelantan itu turut dialih bahasa dalam bahasa Melayu.



Perkongsian Misha Omar itu turut mendapat reaksi sama daripada peminat dan beberapa rakan artis yang berasal dari Kelantan. Antaranya, Catriona Ross.

“Malu kita tengok berita tadi. Semua gerak balik walaupun kerajaan sudah keluarkan arahan,” komen Catriona.

Komen itu dibalas Misha yang menyifatkan tindakan mereka itu hanya merugikan diri dan wang ringgit.

Kenapa degil sangat




Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Tak sangka filem dari Malaysia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker