‘Perut Kejap Besar, Kejap Kecil’ – Lucinta Luna Mengandung Ke Tak? 😂

Sebaran :

‘Perut Kejap Besar, Kejap Kecil’ – Lucinta Luna Mengandung Ke Tak? 😂

 

‘Perut Kejap Besar, Kejap Kecil’ – Lucinta Luna Mengandung Ke Tak? 😂

Sebelum ini, selebriti media sosial Indonesia iaitu Lucinta Luna memberi gambaran bahawa dirinya sedang ‘hamil’. Perkongsian tersebut membuatkan rakyat Indonesia ‘pening’ setelah mereka menonton video yang dimuat naik oleh Lucinta di Instagram.

Beberapa hantaran terbaharu selebriti sensasi IndonesiaLucinta Luna di laman Instagram sekali lagi mencetuskan tanda tanya netizen berikutan perutnya kini kelihatan ‘kempis’.

Terbaru, netizen bingung melihat keadaan perut Lucinta yang kelihatan agak kecil daripada sebelumnya. Rata-rata netizen mendakwa Lucinta sudah keguguran.

Lucinta Keguguran?

Lucinta dan teman lelakinya sebelum ini pernah memuat naik foto ‘pre pregnancy’ di media sosial. Foto tersebut jelas menunjukkan sosok tubuh Lucinta yang seakan sudah mahu bersalin meskipun kandungannya itu baru mencecah sebulan.

Jika sebelum ini, Lucinta mendakwa dirinya sedang sarat mengandung namun menerusi foto dan video terbaharu, pelantun Bobo Di Mana itu kelihatan kembali seperti normaL. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan ‘perubahan’ tersebut selain dihujani dengan pertanyaan aakah Lucinta mengalami keguguran.

“Perutnya kenapa kempis kembali, fatahson dan fatimahson nya diletakkan dimana?”

“Perut dia ni kejap besar kejap kecil” komen netizen

 

Muntah-muntah

Terdahulu, viral video yang menyaksikan Lucinta Luna kelihatan mual dan berlari ke tandas untuk muntah di sinki. Malah, rata-rata netizen geli hati menonton aksi Lucinta Luna yang mendakwa konon dirinya hamil apabila menunjukkan dua garis pada pregnancy test.

Terdahulu, Lucinta atau nama sebenarnya Muhamad Fattah mendakwa dirinya hamil sepasang bayi kembar hasil hubungannya bersama teman lelaki yang juga warganegara asing. Pendedahan itu dibuat oleh Lucinta selepas kononnya alat ujian kehamilannya menunjukkan tanda positif.

Bagaimanapun, menurut seorang doktor pakar tanda kehamilan tersebut berkemungkinan salah satu tanda kanser prostat.

Apa yang menjadi persoalan dalam kalangan netizen pada ketika itu adalah status Lucinta Luna yang dipercayai seorang transgender. Tidak kurang ada yang menganggap video tersebut sebagai drama yang dibuat-buat oleh Lucinta sendiri.

‘Perut Kejap Besar, Kejap Kecil’ – Lucinta Luna Mengandung Ke Tak? 😂


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Lucinta Luna Mengaku Hamil, Minta Lelaki ‘Mat Salih’ Bertanggungjawab

 


Sebaran :

Leave a Reply