Kilafairy: Tiada sesalan berhijrah

Kilafairy: Tiada sesalan berhijrah

Kilafairy: Tiada sesalan berhijrah. SEJAK mengambil keputusan mengenakan hijab tahun lalu, pelakon dan penyanyi Kilafairy mengakui dia kini lebih tertarik untuk mengetahui apa sahaja mengenai ilmu agama.

Kilafairy atau mesra disapa Kila berkata, penghijrahan yang dilakukan membuatkan dirinya sentiasa mahu berubah ke jalan kebaikan dan menjaga ibadah sebaiknya.

“Saya sedang beruaha menjaga amal ibadah dengan sebaiknya. Minat saya untuk dalami ilmu agama itu orang kata lebih bersemangat dan lebih tertarik untuk ikuti.

“Sebelum ini, kalau tonton ceramah sikit je macam alihlah pada saluran lain, saya macam tak berapa berminat. Tapi sekarang bila saya ikuti sesi usrah anjuran rakan, Neelofa misalnya, buatkan saya lebih tertarik.

“Malah ada kawan lain yang umpamakan agama ini sama seperti telefon. Kalau kita tak cas, akan habis bateri. Jadi kita kena terus belajar.

Kilafairy: Tiada sesalan berhijrah

“Kalau tidak memang ia akan terbantut di situ,” katanya.

Menurut Kila, dia mengakui bersyukur apabila keputusan yang dibuat mendapat sokongan daripada ahli keluarga untuk menjadi insan yang lebih baik.

Bagi bintang berusia 29 tahun itu, dia tidak pernah menyesal di atas perjalanan hidup yang dilalui sebelum ini.

Malah, Kila menyifatkan sejarah lama mendorongnya untuk memperbaiki diri, dan jangan pernah berhenti unrtuk menjadi individu yang lebih baik.

“Saya cuba untuk ‘tanamkan’ setiap cerita di masa lalu. Kalau nak kata sama ada saya menyesal atau tidak. sebenarnya kalaulah saya ada peluang untuk pakai tudung lebih awal, saya akan pakai. Namun jalan hidup saya seperti ini.

“Saya tidak menyesal atas apa yang berlaku. Kalau saya tidak laluinya, saya tidak akan jadi seperti hari ini.

“Saya rasa, pengalaman itulah yang membentuk saya untuk ke sini hari ini. Saya bersyukur, dengan pengalaman yang lepas,” katanya.

Kia berkongsi pengalaman indahnya itu menerusi program YouTube, No Turning Back dari Hijabista, baru-baru ini.

Rata-rata memberikan maklum balas yang positif dan mendoakan selebriti itu terus istiqamah dan wanita solehah. HM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


“DIA BAGI CINCIN SAJA” – KILAFAIRY

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker