Pautan semakan keputusan SPM 2020 secara dalam talian

Pautan semakan keputusan SPM 2020 secara dalam talian. Seramai 401,105 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 boleh menyemak keputusan mereka pada pukul 10 pagi ini menerusi semakan secara dalam talian.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, semakan keputusan peperiksaan nasional itu dibuat secara dalam talian dan calon tidak dibenarkan hadir ke sekolah.

“Calon akan menerima keputusan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada SMS 68886 yang akan memaklumkan ringkasan keputusan itu dengan hanya memberikan gred diperoleh mereka.



“Selain itu, calon boleh membuat semakan menerusi pautan myresult1.moe.gov.my dan myresult2.moe.gov.my,” katanya di sini tadi.

Calon SPM boleh menyemak keputusan peperiksaan melalui kaedah secara atas talian.

Jelas kenyataan itu, slip keputusan penuh boleh dimuat turun selepas 4 hari pengumuman keputusan melalui pautan myresult3.moe.gov.mymyresult3.moe.gov.my.

“Bagi calon yang tidak mempunyai capaian internet, guru kelas, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan menyenaraikan nama mereka sebelum hari keputusan.



“Seterusnya, guru kelas, JPN dan PPD akan memaklumkan keputusan SPM kepada mereka,” katanya.

Pautan semakan keputusan SPM 2020 secara dalam talian


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Keputusan SPM 2020 10 Jun ini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker