Keputusan SPM 2020 10 Jun ini

Keputusan SPM 2020 10 Jun ini

Keputusan SPM 2020 10 Jun ini

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 akan diumumkan pada 10 Jun 2021 mulai jam 10 pagi.

Dalam satu kenyataan, KPM berkata, calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah semakan di portal Lembaga Peperiksaan atau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Layari pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan atau menerusi perkhidmatan SMS dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 68886.

“Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada 10 Jun 2021 sehingga jam 6 petang pada 17 Jun 2021,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, kementerian berkata, bagi calon yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

“Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

“KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” katanya. FMT

Keputusan SPM 2020 10 Jun ini


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Nasib calon SPM 2020: Menteri Pendidikan usah terlalu bermimpi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker