Audit 1MDB: Rayuan pihak pendakwaan cacat, petisyen tak difailkan – Peguam Najib

 

Pasukan peguam Najib Razak menegaskan rayuan pihak pendakwaan dalam kes pindaan audit 1MDB membabitkan bekas perdana menteri itu adalah cacat.

Ini berikutan pendakwa raya tidak memfailkan petisyen rayuan dalam kes itu, yang turut melibatkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.



Peguam kedua-duanya mengesahkan bahawa pihak pendakwaan masih belum memfailkan petisyen rayuan, susulan notis rayuan yang difailkan pada 9 Mac.

Terdahulu pada 3 Mac, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan kedua-dua tertuduh daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.

Peguam Najib, Alaistair Brandah Norman – bersama peguam utama Muhammad Shafee Abdullah dan Muhammad Farhan Muhammad Shafee semasa pengurusan kes rayuan di Mahkamah Rayuan hari ini – mengesahkan bahawa pihak pendakwaan tidak memfailkan petisyen rayuan.

“Berhubung rayuan kes audit 1MDB, perkara ini kini telah ditetapkan untuk satu lagi pengurusan kes pada 30 Ogos (Rabu minggu ini) sama ada di hadapan timbalan pendaftar atau panel Mahkamah Rayuan, kerana kami telah mengambil pendirian bahawa rayuan itu cacat,” kata Alaistair kepada Malaysiakini.



Ketika dihubungi, peguam Arul Kanda, N Sivananthan – yang turut menghadiri pengurusan kes Mahkamah Rayuan hari ini – turut mengesahkan pengurusan kes ditetapkan pada Rabu minggu ini, berikutan isu petisyen rayuan berkenaan.

Menurut undang-undang, selepas notis rayuan difailkan, pihak perayu atau pendakwaan mesti memfailkan petisyen rayuan dalam tempoh 10 hari selepas Mahkamah Tinggi menyediakan rekod yang diperlukan untuk rayuan perayu.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan juga mempunyai pilihan untuk memfailkan permohonan melanjutkan masa untuk memfailkan petisyen rayuan.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi pihak pendakwaan berhubung perkara itu.



Pada 3 Mac lalu, hakim Mohamed Zaini Mazlan melepas dan membebaskan Najib dan Arul Kanda, berikutan keputusan mahkamah bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua mereka.

Najib didakwa menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri ketika itu untuk mengarahkan pindaan kepada laporan akhir audit 1MDB sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 2016 bagi menghalang sebarang tindakan terhadapnya.

Arul Kanda didakwa bersubahat dengan bekas menteri kewangan itu dalam membuat pindaan tersebut.

Najib yang juga bekas ahli parlimen Pekan kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun atas kes rasuah berasingan membabitkan RM42 juta dana SRC International.



Tertuduh juga berdepan tiga lagi kes mahkamah yang belum selesai, iaitu perbicaraan kes rasuah membabitkan dana RM2.28 bilion 1MDB, kes pengubahan wang haram melibatkan RM27 juta dana SRC International dan kes pecah amanah membabitkan International Petroleum Investment Company (IPIC) melibatkan dana RM6.6 bilion.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla

Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah



Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee

Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker