Bayaran balik PTPTN ditangguh 3 bulan – Noraini

Bayaran balik PTPTN ditangguh 3 bulan - Noraini
Bayaran balik pinjaman PTPTN boleh ditangguh 3 bulan mulai hari ini

KERAJAAN bersetuju membenarkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menangguhkan bayaran balik pinjaman selama tiga bulan mulai esok hingga 31 Ogos depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata kerajaan prihatin dan menyedari ada peminjam PTPTN masih terkesan dengan pandemik Covid-19 dan belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman.

“Peminjam yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui portal rasmi PTPTN mulai esok hingga 31 Ogos depan.



“Tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman bermula dari bulan permohonan diluluskan dengan butiran pelaksanaan penangguhan bayaran balik pinjaman ini akan diperincikan PTPTN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini PTPTN bersetuju menangguhkan bayaran balik pinjaman yang tamat pada Disember 2020, dan penangguhan khas bayaran balik kepada peminjam terkesan selama tiga bulan, antara Januari hingga Mei lalu.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh dibuat dengan menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 5 petang.


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Wanita UMNO Saran Kerajaan Teruskan Moratorium Sepenuhnya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker