“DIA BAGI CINCIN SAJA” – KILAFAIRY



Sebaran :

“Belum ada apa-apa lagi. Dia berikan cincin ini saja-saja. Dia tak hantar tanda lagi tapi perancangan itu ada. Bila tarikhnya tunggulah,” jawab penyanyi dan pelakon Kilafairy yang menafikan dirinya sudah dilamar oleh kekasihnya Sa’aid Umar Aiman.

Kilafairy, 28, menerusi program Melodi hari ini berkata, cincin pemberian kekasihnya itu dipakai di jari manis bertujuan sekadar suka-suka. Kilafairy sebelum ini berkongsi mengenali teman lelakinya itu ketika di bangku sekolah sejak 13 tahun lalu.

“Tapi kami baru bercinta setahun lebih. Kalau ada jodoh, InsyaAllah,” kata Kilafairy yang merupakan anak kepada penyanyi Rohana Jalil.



Menurut Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir, dia serius menjalin hubungan dengan jejaka itu.

“Sudah tentu kami ada bercakap soal kahwin. Tapi bila tarikhnya, saya serahkan kepada pihak lelaki. Sebagai perempuan saya rasa segan nak cakap.

“Sejujurnya memang kami ada cakap fasal perancangan yang akan datang. Tunggu sajalah kalau jadi semua orang pasti akan tahu. Nantikanlah. Saya tak tahu bila perancangannya. Tunggu pengumumannya nanti,” jelasnya.




Sebaran :


Leave a Reply