NGO dakwa banjir di Yan bukti ada aktiviti pembersihan hutan

NGO dakwa banjir di Yan bukti ada aktiviti pembersihan hutan . Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyifatkan tragedi banjir di sekitar Gunung Jerai di Yan, Kedah merupakan kesan daripada aktiviti pembersihan hutan.

Dalam satu kenyataan bersama, Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader dan Presiden SAM, Meenakshi Raman menempelak kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor yang menyangkal dakwaan bahawa banjir tersebut bukanlah disebabkan oleh aktiviti pembalakan.

“Ia mungkin bukan pembalakan tetapi tentunya pembersihan hutan dan penebangan pokok. Banjir air dengan lumpur yang dilihat dalam video kejadian menunjukkan dengan jelas aktiviti pembersihan hutan,” katanya.



Pada masa sama, mereka menegaskan bahawa penduduk kampung di Bukit Singkir, Yan telah membantah projek kuari di Hutan Simpan Gunung Jerai sejak lebih dari 15 tahun yang lalu.

“Kuari ini dibenarkan oleh kerajaan negeri ketika itu walaupun melanggar Rancangan Tempatan Daerah Yan. Seharusnya tidak ada pembukaan hutan di sini tetapi gambar dari Google menunjukkan banyak pokok telah dibersihkan dan operasi perlombongan dilakukan di kawasan sensitif terhadap alam sekitar ini.

“Semua kegiatan yang merosakkan ekosistem yang rapuh ini harus dihentikan segera, disiasat dan langkah-langkah pemulihan perlu diambil untuk mencegah tanda-tanda kemusnahan seperti aliran lumpur, tanah runtuh, dan banjir besar.



“Ini adalah amaran besar dan Menteri Besar mesti bertindak dan tidak memandang ini sebagai amaran Tuhan kerana ini memang merupakan aktiviti yang dilakukan oleh syarikat yang telah dibenarkan oleh kerajaan negeri yang bertentangan dengan Rancangan Tempatan Yan,” katanya.

Dalam pada itu CAP dan SAM juga mengingatkan bahawa Gunung Jerai adalah kawasan sensitif terhadap alam sekitar yang mesti dilindungi dan tidak dimusnahkan.

“Sebilangan besar kelodak akan dibawa turun dari lereng yang telah dilemahkan oleh penebangan hutan dan peningkatan aktiviti tersebut akan merosakkan lagi kawasan itu,” katanya.

Tambahnya, laporan terbaru Panel Antara Kerajaan mengenai perubahan iklim menunjukkan bahawa hujan yang lebih kerap dan kuat akan berlaku kerana pemanasan global.



“Apa yang mesti dilakukan oleh kerajaan negeri dan daerah dengan kerjasama kerajaan persekutuan adalah untuk membangun ketahanan iklim dan mengambil semua langkah yang meliputi menghentikan pembersihan tanah dan hutan terutama di kawasan sensitif alam sekitar dan tanah tinggi.

“Kami meminta kerajaan negeri untuk mengadakan inkuiri awam yang bebas mengenai tragedi ini agar dapat memahami penyebab sebenarnya dan juga di mana kelemahannya dan apa langkah pencegahan dan pemulihan yang harus dilakukan,” katanya.

NGO dakwa banjir di Yan bukti ada aktiviti pembersihan hutan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kejadian aneh, Ikan puyu naik darat di Tanjong Karang [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker