Tergamak lepas ‘gian’ depan isteri, anak

Tergamak lepas ‘gian’ depan isteri, anak

Tergamak lepas ‘gian’ depan isteri, anak

Seorang lelaki ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Isnin lalu selepas menghisap dadah di hadapan isteri dan anaknya di sebuah rumah di Pasir Mas, Kelantan.

Ketua Pegawai AADK Pasir Mas Nor Asmah Seman berkata, ketika serbuan pada 8.30 pagi itu, isteri dan anak suspek turut bertindak melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota penguatkuasa.



Turut ditahan adalah seorang rakan lelaki suspek yang dipercayai terbabit sama dalam aktiviti berkenaan.

“Saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua suspek mempunyai kes berulang berkaitan dadah,” beliau dilaporkan Sinar Harian sebagai berkata.

Nor Asmah berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut menahan dua lagi penagih dadah di lokasi berbeza.

“Semua suspek yang ditahan berusia antara 19 dan 50 tahun dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” tambah beliau. FMT



Tergamak lepas ‘gian’ depan isteri, anak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Wanita guna parang halang AADK tahan dua anaknya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker