Presiden Perancis kena tampar di khalayak ramai

Sebaran :

 Presiden Perancis kena tampar di khalayak ramai

Presiden Perancis kena tampar di khalayak ramai

2 ditahan selepas presiden Perancis ditampar di muka

PARIS: Seorang lelaki antara dua yang ditahan selepas menampar muka Presiden Perancis, Emmanuel Macron ketika beliau melawat selatan negara itu semalam.



Kejadian itu berlaku ketika Macron menemui pengusaha restoran dan pelajar di wilayah Drome, tenggara Perancis, untuk membincangkan bagaimana kehidupan kembali normal selepas penularan Covid-19.

Menerusi rakaman video yang tersebar di media sosial, Macron dilihat berjalan di khalayak ramai yang berdiri di sebalik penghadang besi.

Beliau kemudiannya menghulurkan tangan untuk bersalam dengan seorang lelaki yang berbaju hijau, berkaca mata dan memakai pelitup muka.



Lelaki itu didengar melaungkan “Jahanam Macronia” sebelum menampar muka pemimpin negara itu.

Dua pengawal keselamatan Macron segera menahan lelaki itu, manakala yang lain membawa Macron meninggalkan tempat itu.

Tetapi, Macron masih kelihatan di khalayak ramai selama beberapa saat dan bercakap dengan seseorang di sebalik penghalang besi itu.



Pejabat presiden berkata, terdapat cubaan untuk menyerang Macron, tetapi enggan mengulas lanjut.

BFM TV dan RMC radio melaporkan dua suspek ditahan berhubung kejadian itu.

Presiden Perancis kena tampar di khalayak ramai


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pelakon Berbogel Tunjuk Tanda Protes Di Majlis ‘Oscar Perancis’


Sebaran :

Leave a Reply