Kerajaan fokus pulih projek LCS – Hishammuddin

Kerajaan fokus pulih projek LCS – Hishammuddin

Kerajaan memberi fokus terhadap pemulihan projek kapal tempur pesisir (LCS) bagi memastikan ia kembali ke landasannya seperti yang ditetapkan Jemaah Menteri.

Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Hussein, berkata rundingan dengan pihak vendor, pengilang peralatan asal (OEM) dan perbankan sedang dimobilisasikan.



Hishammuddin berkata demikian berhubung perolehan LCS yang menjadi kontroversi susulan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan tiada satu kapal disiapkan walaupun kontrak projek bernilai RM6.083 bilion itu memperuntukkan lima daripada enam kapal tersebut seharusnya disiapkan dan diserah setakat Ogos 2022.

Beliau turut memaklumkan pihaknya telah membawa petugas media ke Boustead Naval Shipyard di Lumut, Perak hari ini untuk melihat keadaan luaran dan dalaman LCS yang sedang dalam pembinaan.

Katanya, petugas media turut dibawa ke gudang penyimpanan peralatan kapal tersebut dan diberi taklimat tentang reka bentuknya.

“Saya tidak jemu untuk menegaskan berkali-kali iaitu saya dan Kementerian Pertahanan tiada apa hendak disembunyikan. Dalam masa sama, pihak yang salah mesti dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya di Facebook. FMT



Kerajaan fokus pulih projek LCS – Hishammuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)



Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker