Biodata Artis Eyka Farhana Profail dan Latar Belakang [VIDEO]

Biodata Artis Eyka Farhana Profail dan Latar Belakang

Biodata Artis Eyka Farhana, berikut adalah Profail dan Latar Belakang Eyka Farhana  atau Nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi lahir pada 3 hb Februari 1995 yang dikemaskini pada 4hb Jun 2021.

Eyka Farhana merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2011 dan terkenal dengan drama TV lakonan termasuk Juvana, Bunga-Bunga Syurga, Ema Emyliana dan Istikharah Cinta. Selain itu, wajahnya dikatakan agak seiras dengan pelakon Fazura.

Kehidupan peribadi

Beliau dilahirkan sebagai Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi pada 3 Februari 1995 di Ampang, Selangor dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik dan berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kakak sulungnya, Wan Anis Farhana yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU), meninggal dunia pada 23 Ogos 2017 pada usia 24 tahun. Selain itu, beliau menjadikan pelakon Fazura sebagai idolanya dalam bidang lakonan.

Eyka dikejarkan ke hospital pada 15 Mei 2019, dipercayai mengalami kesakitan di bahagian perut. Beliau menerima rawatan di sebuah hospital swasta dan baru saja selesai melakukan ujian ultra bunyi. Eyka membuat keputusan untuk menangguhkan pembedahan yang sepatutnya dilakukan bagi mengubati masalah kesihatan dihadapi di bahagian perut. Ia dilakukan atas kebenaran pihak doktor bagi membolehkan beliau menghabiskan penggambaran drama Cinta Itu Fairytale.

Kerjaya

Pada usia 15 tahun, beliau mula menerjah ke bidang lakonan pada 2010 dengan hasrat untuk membantu keluarganya. Bakat beliau mula dikesan sebaik saja melakonkan watak tambahan dalam drama TV3, Gemilang. Eyka membintangi drama Juvana yang juga bersiaran di TV3, beliau memegang watak sebagai Nadia, seorang pembantu kantin di Sekolah Juvana Wira Bakti. Beliau juga terkenal dengan melakonkan dua watak eponim dalam siri drama Ema Emyliana, selain itu beliau turut berbakat dalam pengacaraan apabila mengacarakan rancangan travelog Pada Suatu Ketika di TV1. Biarpun seringkali dikecam kerana berpenampilan yang terlalu seksi, namun itu tidak menghalang Eyka untuk terus berjaya dalam bidang lakonan.

Kerjaya muzik Eyka bermula dengan pelancaran single promosi pertama beliau, “Laki-Laki” dikeluarkan pada 28 Jun 2019.

Ia telah diumumkan pada September 2019 yang beliau kembali menjayakan filem Polis EVO 3 arahan Syafiq Yusof. Turut kembali beraksi dalam filem itu ialah Shaheizy Sam, Zizan Razak dan Nora Danish.

Kontroversi

Pada September 2017, satu penyebaran rakaman video lucah yang mengaitkan beliau menjadi tular di media sosial. Rakaman video tersebut mendapat lebih daripada 11 ribu tontonan di YouTube, Eyka membuat laporan polis berhubung kes itu. Beliau sekali lagi menjadi subjek kemarahan umum apabila gambarnya bercumbu dengan pelakon Janna Nick menerima kecaman warganet yang menyifatkan mereka seolah-olah mempromosikan LGBT.

Eyka Farhana
Kelahiran
Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi

3 Februari 1995 (umur 26)

Ampang, Selangor, Malaysia
Pekerjaan Pelakon, pengacara, model, penyanyi
Tahun aktif 2010–kini
Ejen A Klasse Management Sdn. Bhd. (2015-2017)
Mind Order Sdn. Bhd. (2017-kini)
Saudara Dyba Farhana Wan Sarmizi (adik)
Wan Anis Farhana Wan Sarmizi (kakak; meninggal dunia)

FOTO

Biodata Artis Eyka Farhana Profail dan Latar Belakang

Biodata Artis Eyka Farhana Profail dan Latar Belakang

Biodata Artis Eyka Farhana Profail dan Latar Belakang

VIDEO

 

Biodata Artis Eyka Farhana Profail dan Latar Belakang


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Biodata Artis Ruhainies Farehah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker