Resepi Ayam Masak Kicap Pedas Pekat



Sebaran :

Resepi Ayam Masak Kicap Pedas Pekat
RESEPI AYAM MASAK KICAP PEDAS PEKAT

Kali ini kita cuba masak ayam masak kicap pedas yang pekat. Memang sedap tak dapat dinafikan. Kalau makan mesti akan tambah lagi. Jom masak…..

RESEPI AYAM MASAK KICAP PEDAS PEKAT

BAHAN-BAHAN



  • Ayam ( dicuci bersih )
  • Cili kisar(8 sudu besar)
  • Ubi Kentang 1 biji(dibelah)
  • Serai 1 batang ( dikatok )
  • Rempah Sup 1 sudu kecil)
  • Tomato 1 biji ( dibelah )
  • Bawang Merah 1 biji ( potong bulat )
  • Cili Merah 1 batang ( potong serong )
  • Cili Hijau 1 batang ( potong serong )
  • Air Asam Jawa(1 sudu kecil+ 1 cawan air)
  • ½ cawan Kicap Manis(saya guna Cap Kipas Udang)
  • Gula
  • Kiub Ayam 1 kiub (jika perlu)

CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak , masukkan ubi kentang dan gorengkan sehingga keperangan ( Angkat dan ketepikan )

2. Kemudian, gorengkan ayam sehinga masak ( Angkat dan ketepikan )

3. Keluarkan sedikit minyak ,Dan Gunakan minyak yg sama untuk menumis. Masukkan serai dan masak sehingga naik bau .



4. Masukkan cili kisar dan masakkan sehingga pecah minyak .

5. Masukkan rempah sup , kicap , gula dan air asam jawa . Gaulkan dan biarkan masak seketika .

6. Masukkan ayam dan ubi kentang yang telah digoreng tadi , bawang merah , cili merah dan cili hijau, tomato. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati .



7. Angkat dan siap untuk dihidang .

Resepi Nurul Ateekah

Resepi Ayam Masak Kicap Pedas Pekat


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi sambal udang petai meletop


Sebaran :


Leave a Reply