Menteri, timbalan menteri sumbang tiga bulan gaji bantu perangi Covid-19

Menteri, timbalan menteri sumbang tiga bulan gaji bantu perangi Covid-19

Menteri, timbalan menteri sumbang tiga bulan gaji bantu perangi Covid-19

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan gaji semua menteri dan timbalannya akan dipotong selama tiga bulan bermula Jun.

Katanya, jumlah itu akan dimasukan kedalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid.-19.

Katanya, sumbangan itu, kesinambungan yang diamalkan ketika pelaksanaan PKP 1.0 tahun lalu.

“Seperti yang telah diamalkan semasa PKP pertama tahun lalu, saya ingin memaklumkan tanda sokongan barisan menteri dan timbalan menteri dengan tidak mengambil gaji selama 3 bulan mulai Jun 2021.

“Gaji yang tidak diambil ini akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19,”
katanya ketika berucap pada pengumuman pakej Pemerkasa Plus, susulan pelaksanaan penuh PKP 3.0.

Ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) tahun lalu, menteri dan timbalan menteri sudah memberikan dua bulan gaji kepada kerajaan untuk dimasukkan dalam dana Covid-19.

Semalam satu petisyen dilancarkan bagi meminta Muhyiddin, menteri, timbalan menteri, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk menyumbangka 50% daripada gaji bulanan mereka ke dalam dana Tabung Prihatin.

Petisyen itu kini sudah memperoleh hampir 40,000 tandatangan.Petisyen dilancarkan berikutan penutupan Parlimen dan
DUN akibat darurat, wakil rakyat tidak dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka untuk memenuhi keperluan rakyat semasa wabak Covid-19.

Muhyiddin mengakui, langkah melaksanakan sekatan pergerakan penuh kali ini adalah keputusan yang sukar, namun terpaksa dilakukan

Tegasnya, kejayaan atau kegagalan keputusan yang dibuat itu terletak kepada rakyat dan ketentuan Ilahi.

“Kerajaan sudah menutup hampir semua sektor ekonomi dan sosial untuk mengurangkan pergerakan rakyat dan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” katanya.

Katanya, atas dasar keprihatinan terhadap kebajikan rakyat, kerajaan akan berusaha sedaya-upaya bagi memastikan wujud keseimbangan antara kehidupan dan keperluan melindungi nyawa, di samping menjamin kesejahteraan rakyat sepanjang tempoh PKP penuh ini. FMT

Menteri, timbalan menteri sumbang tiga bulan gaji bantu perangi Covid-19


  Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kecewa kerajaan PN gagal tangani Covid-19

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker