Polis terpaksa tembak kaki seorang lelaki mengamuk



Sebaran :

Polis terpaksa tembak kaki seorang lelaki mengamuk

Polis terpaksa tembak kaki seorang lelaki mengamuk

KUCHING: Polis terpaksa menembak kaki seorang lelaki berusia 24 tahun bagi mempertahankan dirinya dalam satu kejadian amuk di Jalan Besar Bako, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Polis Ashmon Bajah berkata lelaki yang bersenjatakan sebilah parang itu cedera pada kedua-dua kakinya dan dalam keadaan stabil setelah menerima rawatan di hospital.



Polis menerima panggilan kira-kira pada pukul 11:30 pagi, daripada seorang awam mengatakan ada kejadian amuk dan mengugut akan membunuh ahli keluarganya.

“Dua kereta peronda diketuai seorang pegawai kanan sampai di tempat kejadian dan bertindak memujuk suspek. Suspek bertindak menyerang jiran-jiran. Semasa usaha memujuk, suspek dengan tiba-tiba meluru dan melibaskan parang pada pegawai polis,” katanya menerusi satu kenyataan.

Ashmon berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai dipengaruhi dadah.



Suspek turut memiliki tiga rekod jenayah lampau melibatkan dadah dan empat rekod jenayah harta benda.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan. UB

Polis terpaksa tembak kaki seorang lelaki mengamuk


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET 

Penganggur mengamuk maut ditembak


Sebaran :


Leave a Reply