Sarimah bebas kanser usus selepas pembedahan

Sarimah bebas kanser usus selepas pembedahan

Bintang legenda, Datuk Sarimah Ahmad mendedahkan pernah menghidap kanser usus tahap tiga pada 2022 dan kini, bebas dan pulih daripada penyakit itu selepas menjalani pembedahan.

Sehubungan itu, Sarimah, 82, memaklumkan, beliau mengamalkan pemakanan berkhasiat dan organik demi mengekalkan kesihatan diri.

“Selepas pembedahan dan disahkan pulih daripada kanser, hanya sekali sahaja saya buat rawatan susulan.

“Saya juga tidak mahu menjalani rawatan kimoterapi disebabkan faktor usia.

“Oleh itu, saya hanya mengambil makanan sihat seperti salad, buah naga, avocado, madu, telur ayam kampung dan kekacang,” katanya.

Berkongsi serangan kanser itu, seniwati tersohor itu menjelaskan, awalnya dia mengalami sakit pada bahagian abdomen.

“Rasa sakit itu sudah lama ada dan saya sangka ia hanyalah sakit biasa hinggalah saya jatuh pengsan di bilik air di rumah.

“Anak bongsu kemudiannya membawa saya ke sebuah hospital swasta di Shah Alam. Selepas membuat pemeriksaan, doktor beritahu tiada ada apa yang serius dan hanya diberi ubat.

“Namun, keadaan menjadi lebih teruk dan saya terus ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) untuk rawatan lanjut.

“Di situ, saya disahkan menghidap kanser usus tahap tiga dan perlu segera menjalani pembedahan,” ujarnya ditemui pada program Ziarah Madani bersama Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Ahmad Farhan Fauzi di kediamannya di Subang Jaya.

Dalam perkembangan berkaitan, pelakon filem Madu Tiga itu turut mendedahkan menghadapi masalah kewangan untuk membiayai kos rawatan yang mencecah RM60,000.

Susulan itu, Sarimah memaklumkan beliau disaran pihak tertentu supaya berkongsi penderitaannya kepada masyarakat bagi meringankan beban yang ditanggung.

“Bagaimanapun, saya lebih selesa merahsiakannya dan memang tidak mahu menagih simpati sesiapa.

“Atas sebab itu saya sanggup keluarkan duit simpanan untuk menampung kos rawatan.

“Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Saya tidak mahu susahkan mana-mana pihak dan tak nak berhutang dengan sesiapa,” tegasnya.

Terdahulu, pada 2011, Sarimah dilaporkan pernah menghidap kanser hidung, namun sudah pulih sepenuhnya. BH

Sarimah bebas kanser usus selepas pembedahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut

Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua

Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin

Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker