Kerajaan silap besar tak ‘total lockdown’

Kes akan mendadak naik jika sekadar perketat PKP 3.0

Tindakan kerajaan yang sekadar mengetatkan lagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 – tanpa ‘total lockdown’ – dianggap suatu kesilapan besar.

Ini kerana, negara bakal menyaksikan peningkatan kes yang mendadak – susulan kes kini sudah melonjak hampir ke 7,000 jangkitan, kata Setiausaha Agung BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim Mohamad.

Beliau berkata, semua pihak memahami tujuan mengimbangi perkembangan ekonomi dan kemaslahatan para peniaga kecil dan sederhana yang diambil kira kerajaan.

Bagaimanapun katanya, setelah lebih setahun pendekatan ini diambil dan masih gagal mengawal pendemik, justeru sewajarnya SOP lebih ketat digunakan kali ini.

“Selain itu, isu integriti di kilang-kilang yang merupakan pusat penyebaran utama COVID-19 melalui kluster-kluster utama pula tidak ditangani dengan baik dan berkesan

“Petugas hadapan sistem kesihatan dan keselamatan pula semakin keletihan. Mereka juga sebenarnya berperang dengan virus ini secara peribadi.

Kehadiran pesawat pengintip protaip Israel timbul tanda tanya

“Ada ahli keluarga dan sahabat handai sendiri yang terkesan teruk. Emosi dan moral mereka semakin melemah,” katanya dalam satu kenyataan.

Atas dasar itu, Lukman menyarankan setiap rakyat melakukan ‘self lockdown’ secara kendiri bagi mengawal penyebaran pandemik yang membunuh ini.

“Kita tidak mampu mengawal polisi kerajaan. Tapi secara proaktif kita boleh mengubah hasilnya dalam kapasiti individu masing-masing

“Berhenti menyalak bukit. Kita perlu ketatkan disiplin untuk mengelak sakit!” tegasnya.

PKP 3.0 melibatkan penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.

Tindakan kerajaan memperketat semula SOP PKP 3.0 bagi mengawal pergerakan rakyat di luar rumah.

Difahamkan, sekatan lebih ketat sepanjang PKP 3.0 yang sedang dilaksanakan ketika ini susulan peningkatan kes COVID-19 di negara ini.

Hari ini, jumlah jangkitan COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,976 kes

 

Berenang dengan ‘buaya’ – atlet imbau gangguan seksual jurulatih

Kerajaan silap besar tak ‘total lockdown’


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kemalangan LRT: Pengerusi Prasarana Dikecam

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker