Vaksin Pfizer, AstraZeneca bantu 96 peratus rakyat Britain miliki antibodi melawan Covid-19 selepas dos pertama


LEBIH 90 peratus penduduk Britain didapati memiliki antibodi terhadap coronavirus (Covid-19) selepas menerima satu dos vaksin AstraZeneca atau Pfizer dan hampir 100 peratus memperolehinya selepas diberikan suntikan kedua.

LEBIH 90 peratus penduduk Britain didapati memiliki antibodi terhadap coronavirus (Covid-19) selepas menerima satu dos vaksin AstraZeneca atau Pfizer dan hampir 100 peratus memperolehinya selepas diberikan suntikan kedua, dedah satu kajian.

Keputusan itu lapor The Guardian adalah berdasarkan satu kajian membabitkan 8,517 orang responden di England dan Wales sekali gus bukti terbaharu dua vaksin utama yang diberikan kepada rakyat Britain terbukti keberkesanannya dalam melawan Covid-19.

Kajian itu mendapati, 96.42 peratus orang yang mengambil vaksin memiliki antibodi dalam tempoh 28 hingga 34 hari selepas menerima dos pertama.

Kadar antibodi itu meningkat kepada 99.08 peratus dalam tempoh 7 hingga 14 hari selepas pengambilan dos kedua vaksin.

Penduduk Britain dirakam mengunjungi pusat pemberian vaksin di negara itu.
Penyelidik dari University College London (UCL) mendapati, kedua-dua vaksin itu secara persamaannya adalah baik dalam mencetuskan antibodi yang diperlukan dalam memerangi Covid-19.

“Ini adalah satu daripada kajian vaksin dunia nyata terawal di United Kingdom (UK) dan ia merupakan berita hebat,” kata Ketua Penyelidik kajian, Dr Maddie Shrotri.

Menurutnya, lebih sembilan daripada 10 orang dewasa di UK yang mempunyai vaksin Pfizer atau AstraZeneca menghasilkan antibodi terhadap virus tersebut dalam tempoh sebulan selepas menerima dos pertama mereka.

“Bagaimana vaksin ini berfungsi adalah luar biasa, terutamanya memandangkan kecepatannya dibangunkan. Ini adalah prestasi sains yang sebenar dalam menghadapi wabak paling dahsyat dalam satu abad,” katanya.

Penyelidik berkata, kajian itu hanya melihat kaitan antara vaksin dan antibodi dengan usaha lanjut diperlukan bagi membuktikan bagaimana tahap antibodi diterjemah kepada perlindungan daripada Covid-19.

Rumusan itu adalah berdasarkan analisis sebanyak 13,232 sampel antibodi yang diberikan 8,517 peserta dewasa dalam ujian dengan tidak seorang daripadanya pernah mendapat suntikan pertama vaksin. Mereka yang mempunyai antibodi adalah dikecualikan.

Purata umur peserta adalah 65 tahun menggambarkan kumpulan warga emas adalah penerima pertama vaksin di bawah program perkhidmatan kesihatan kebangsaan (NHS) yang bermula sejak 8 Disember.

Kadar antibodi pada awalnya meningkat kepada penerima vaksin Pfizer berbanding AstraZeneca.

Bagaimanapun selepas empat minggu, penerima kedua-dua vaksin mula menunjukkan kadar positif antibodi hampir sama.

Selain itu, semua peringkat umur termasuk warga emas menikmati tahap antibodi yang sangat tinggi selepas menerima dos vaksin kedua mereka.

Menurut penyelidik, tahap antibodi selepas dos pertama vaksin lebih rendah pada individu yang mengalami masalah kesihatan termasuk barah, diabetes dan penyakit jantung namun, sekali lagi perbezaan itu hilang setelah semua peserta mendapat vaksin kedua.

Lebih 20 juta rakyat Britain kini sudah mendapatkan dua dos vaksin daripada salah satu vaksin tersebut selain vaksin Moderna, yang mula digunakan pada awal April. Utv

AstraZeneca untuk warga emas dibuka Ahad ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker